Ahad, 4 September 2011

Esok nak pergi dating ke? Guna tips ini baru la dia sayang

Hujung minggu ni saya nak pergi Nilai 3 cari barang kahwin. Anda pergi dating ke minggu ni? kalau begitu saya nak bagi tips sikit.

Begini, ada satu tips untuk buatkan dia dengan anda semakin rapat dan mesra. Ianya adalah dengan memilih lokasi dating yang betul.

Biasanya kalau dating, orang perempuan mahu tempat yang boleh jalan-jalan seperti di shopping kompleks. Orang lelaki pula mahu tempat yang boleh lakukan aktiviti
seperti menonton wayang.

Tapi yang eloknya, pilihlah tempat yang anda berdua sama-sama setuju. Lebih baik jika tempat itu sama-sama tak pernah pergi. Dan ada lagi best, jika tempat tu sama-sama akan membuatkan anda berdua berkongsi perasaan yang sama.

Kuncinya disini, biar dia merasa dating ini seronok. lagi seronok lagi dia selalu ingat datingnya dengan anda :)


Ada lagi tips yang lebih best, iaitu cara nak buatkan selepas dating ni,dia terus cintakan anda,

Betul. Ini tips RAHSIA apa yang anda perlu buat semasa dating dan juga selepas tamat dating. Bukan tips biasa-biasa tau.

Nak tahu rahsianya?

Ia ada dalam panduan ini

Sabtu, 3 September 2011

Gunakan bahasa badan yang mudah semasa memikat


Ayat mengorat dah tak perlu, hanya dengan bahasa badan juga boleh memikat/mengorat. tahu tak adakalanya bahasa badan lagi power daripada mengayat :)

disini saya berikan 3 bahasa badan mudah semasa anda nak pergi memikat.

1. Banyakkan senyuman dan bersikap terbuka

Jika anda melihat gadis/jejaka anda lalu, sila bersiap sedia ya. Jika dia memandang anda, maka berikan senyuman dan berdirilah dengan santai.

Buatkan juga eye contact dengan matanya. Bahasa badan yang baik akan mencerahkan peluang anda untuk memikat.

2. Mengerlip mata (Wink)

Ada cara mengerlipakn mata supaya orang tidak melihat anda tidak gatal. Caranya mudah sahaja, seyum dahulu sebelum memberikan wink. Dengan adanya senyuman, ia akan melihatkan yang anda cuba bersikap ramah dan mesra.

Cara ini mudah untuk anda lakukan jika dia sedang berseorangan. Jika respon yang diberikan adalah baik, maka bolehlah datang kepadanya dan berbual.

3. Anggukan kepala semasa berbual

Sesetengah orang tidak pandai meluahkan apa yang berada di dalam hatinya. Biasanya mereka digelar hati batu, hati keras, muka xde perasaan dan lain-lain.

Cara mudah untuk menunjukkan yang anda berminat dengan perbualan itu, semasa dia bercerita, anggukan kepala pada setiap kali dia menamatkan ayatnya.


Dengan tiga cara mudah ini, anda sudah ada cara untuk memikat. Lupakan ayat-ayat manis, bawa bunga dan lain-lain.Untuk berjaya memikat, kuasai bahasa badan anda dan anda sudah boleh memikat sesiapa pun yang lalau di depan mata anda.


Jumaat, 2 September 2011

Bolehkah wanita mengandung berpuasa?

Ketika saya bertugas, ramai wanita yang mengadung bertanya bolehkah mereka berpuasa?

Selain daripada itu, beberapa subscriber saya juga banyak bertanya bolehkah mereka berpuasa ketika hamil.

Rata-rata yang bertanya soalan macam ini adalah yang kali pertama mengandung.

Ok baiklah, sebenar tidak salah dan tidak berbahaya untuk wanita yang mengandung berpuasa di bulan Ramadhan.

Banyak kelebihan berpuasa ini yang rata-rata antara kita semua sudah tahu kebaikkannya seperti ia dapat merehatkan sistem percernaan & menstabilkan sistem hormon badan.

Namun, disebabkan kita puasa bermakna tiada sebarang makanan dan air masuk kedalam badan dalam masa lebih 12 jam maka beberapa perkara penting yang perlu ibu mengandung titik beratkan.

Pertama sekali, adakah ibu hamil itu mengalami kekurangan darah dalam badan atau kita kenali sebagai anemia.

Keadaan ibu mengandung yang mengalami anemia boleh membahayakan kesihatan jika ia berpuasa.

Kekurangan darah serta hemoglobin boleh menyebabkan ibu hamil itu pucat, lemah, kesesakkan nafas dan tidak bertenaga, dan lebih teruk lagi ia boleh membawa pitam.

Oleh itu, sebelum berpuasa wanita mengandung itu perlu berbincang dengan doktor kesihatan keluarga mengenai kekurangan darah dalam badan mereka.

Kedua, jika ibu mengandung mengidap diabetes atau kencing manis ia juga boleh membawa kemudaratan ketika berpuasa.

Dalam tempoh berpuasa selama 12jam, gula dalam darah menjadi tidak stabil.

Disebabkan ibu mengandung mengidap diabetes ia memerlukan insulin supaya kandungan gula dalam badannya stabil.

Tetapi dalam tempoh berpuasa yang panjang, suntikan insulin ini boleh membawa keadaan hypoglysemia atau kekurangan gula dalam darah.

Antara simptom hypoglysemia ini adalah mengeletar, berpeluh dan terasa lapar yang amat sangat.

Jadi untuk wanita mengandung dan mahu berpuasa, sila perhatikan simptom-simptom yang saya nyatakan diatas.

Jika terjadi keadaan sedemikian, wajib berbuka kerana kalau tidak berbuka ia boleh memudaratkan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.

Tips ibu mengandung ketika berpuasa khas untuk anda:

1) Jangan 'miss' untuk bersahur

2) Perbanyakkan makanan yang bernutrien dan serat yang tinggi ketika berbuka dan bersahur.

3) Jangan melakukan terlalu banyak aktiviti fizikal.

4) Jika terdapat simptom yang luar biasa ketika berpuasa, segera berbuka dan terus bawa ke klinik.



5) Elakkan dari meminum minuman yang mengandungi kafein seperti coffee dan coke/pepsi.

6) Perbanyakkan berehat dan mengaji Al-Quran

Khamis, 1 September 2011

Mengajar anak cintakan masjid


Sedikit tips untuk mengajar anak cintakan masjid
1) kerap bawa anak ke masjid dari bayi dan sepanjang masa, bukan di bulan Ramadhan sahaja
2) sebelum keluar beritahu anak-anak bahawa kita akan bawa dia ke masjid, masjid itu rumah Allah, jadi kena diam, duduk elok-elok
3) bila sampai ke masjid, perkenalkan masjid sekali lagi. sebutkan adab2 masjid
4) bawa mainan dan dudukkan dia di sebelah masa solat.

Kalau sejak dari bayi anda amalkan, insyaAllah bila besar sikit jadi lebih mudah. Bayi yang masih kecil mampu menerima dan menyimpan maklumat yang diberikan walaupun tak mampu memberikan maklum balas. Jika bayi anda masih kecil (kurang 4 tahun), mungkin anda tak dapat solat dengan tenang atau mungkin tengah solat terpaksa berhenti untuk layan kejap atau bagi susu. Tak apa. Yang penting langkah pertama untuk bayi kenal dan cinta masjid. Oh ya, kalau boleh masa solat,solatlah di saf belakang2 dan tepi supaya anak2 tadi tidak mengganggu jemaah lain.

Semoga 10 yang terakhir ini dapat ditempuhi dengan amal dan iman yang tinggi.

http://tinyurl.com/pilihtaska1
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...