Khamis, 1 September 2011
Mengajar anak cintakan masjid
Sedikit tips untuk mengajar anak cintakan masjid
1) kerap bawa anak ke masjid dari bayi dan sepanjang masa, bukan di bulan Ramadhan sahaja
2) sebelum keluar beritahu anak-anak bahawa kita akan bawa dia ke masjid, masjid itu rumah Allah, jadi kena diam, duduk elok-elok
3) bila sampai ke masjid, perkenalkan masjid sekali lagi. sebutkan adab2 masjid
4) bawa mainan dan dudukkan dia di sebelah masa solat.
Kalau sejak dari bayi anda amalkan, insyaAllah bila besar sikit jadi lebih mudah. Bayi yang masih kecil mampu menerima dan menyimpan maklumat yang diberikan walaupun tak mampu memberikan maklum balas. Jika bayi anda masih kecil (kurang 4 tahun), mungkin anda tak dapat solat dengan tenang atau mungkin tengah solat terpaksa berhenti untuk layan kejap atau bagi susu. Tak apa. Yang penting langkah pertama untuk bayi kenal dan cinta masjid. Oh ya, kalau boleh masa solat,solatlah di saf belakang2 dan tepi supaya anak2 tadi tidak mengganggu jemaah lain.
Semoga 10 yang terakhir ini dapat ditempuhi dengan amal dan iman yang tinggi.
http://tinyurl.com/pilihtaska1
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan