Sabtu, 3 September 2011
Gunakan bahasa badan yang mudah semasa memikat
Ayat mengorat dah tak perlu, hanya dengan bahasa badan juga boleh memikat/mengorat. tahu tak adakalanya bahasa badan lagi power daripada mengayat :)
disini saya berikan 3 bahasa badan mudah semasa anda nak pergi memikat.
1. Banyakkan senyuman dan bersikap terbuka
Jika anda melihat gadis/jejaka anda lalu, sila bersiap sedia ya. Jika dia memandang anda, maka berikan senyuman dan berdirilah dengan santai.
Buatkan juga eye contact dengan matanya. Bahasa badan yang baik akan mencerahkan peluang anda untuk memikat.
2. Mengerlip mata (Wink)
Ada cara mengerlipakn mata supaya orang tidak melihat anda tidak gatal. Caranya mudah sahaja, seyum dahulu sebelum memberikan wink. Dengan adanya senyuman, ia akan melihatkan yang anda cuba bersikap ramah dan mesra.
Cara ini mudah untuk anda lakukan jika dia sedang berseorangan. Jika respon yang diberikan adalah baik, maka bolehlah datang kepadanya dan berbual.
3. Anggukan kepala semasa berbual
Sesetengah orang tidak pandai meluahkan apa yang berada di dalam hatinya. Biasanya mereka digelar hati batu, hati keras, muka xde perasaan dan lain-lain.
Cara mudah untuk menunjukkan yang anda berminat dengan perbualan itu, semasa dia bercerita, anggukan kepala pada setiap kali dia menamatkan ayatnya.
Dengan tiga cara mudah ini, anda sudah ada cara untuk memikat. Lupakan ayat-ayat manis, bawa bunga dan lain-lain.Untuk berjaya memikat, kuasai bahasa badan anda dan anda sudah boleh memikat sesiapa pun yang lalau di depan mata anda.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan