Ketika saya bertugas, ramai wanita yang mengadung bertanya bolehkah mereka berpuasa?
Selain daripada itu, beberapa subscriber saya juga banyak bertanya bolehkah mereka berpuasa ketika hamil.
Rata-rata yang bertanya soalan macam ini adalah yang kali pertama mengandung.
Ok baiklah, sebenar tidak salah dan tidak berbahaya untuk wanita yang mengandung berpuasa di bulan Ramadhan.
Banyak kelebihan berpuasa ini yang rata-rata antara kita semua sudah tahu kebaikkannya seperti ia dapat merehatkan sistem percernaan & menstabilkan sistem hormon badan.
Namun, disebabkan kita puasa bermakna tiada sebarang makanan dan air masuk kedalam badan dalam masa lebih 12 jam maka beberapa perkara penting yang perlu ibu mengandung titik beratkan.
Pertama sekali, adakah ibu hamil itu mengalami kekurangan darah dalam badan atau kita kenali sebagai anemia.
Keadaan ibu mengandung yang mengalami anemia boleh membahayakan kesihatan jika ia berpuasa.
Kekurangan darah serta hemoglobin boleh menyebabkan ibu hamil itu pucat, lemah, kesesakkan nafas dan tidak bertenaga, dan lebih teruk lagi ia boleh membawa pitam.
Oleh itu, sebelum berpuasa wanita mengandung itu perlu berbincang dengan doktor kesihatan keluarga mengenai kekurangan darah dalam badan mereka.
Kedua, jika ibu mengandung mengidap diabetes atau kencing manis ia juga boleh membawa kemudaratan ketika berpuasa.
Dalam tempoh berpuasa selama 12jam, gula dalam darah menjadi tidak stabil.
Disebabkan ibu mengandung mengidap diabetes ia memerlukan insulin supaya kandungan gula dalam badannya stabil.
Tetapi dalam tempoh berpuasa yang panjang, suntikan insulin ini boleh membawa keadaan hypoglysemia atau kekurangan gula dalam darah.
Antara simptom hypoglysemia ini adalah mengeletar, berpeluh dan terasa lapar yang amat sangat.
Jadi untuk wanita mengandung dan mahu berpuasa, sila perhatikan simptom-simptom yang saya nyatakan diatas.
Jika terjadi keadaan sedemikian, wajib berbuka kerana kalau tidak berbuka ia boleh memudaratkan kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.
Tips ibu mengandung ketika berpuasa khas untuk anda:
1) Jangan 'miss' untuk bersahur
2) Perbanyakkan makanan yang bernutrien dan serat yang tinggi ketika berbuka dan bersahur.
3) Jangan melakukan terlalu banyak aktiviti fizikal.
4) Jika terdapat simptom yang luar biasa ketika berpuasa, segera berbuka dan terus bawa ke klinik.
5) Elakkan dari meminum minuman yang mengandungi kafein seperti coffee dan coke/pepsi.
6) Perbanyakkan berehat dan mengaji Al-Quran
Tiada ulasan:
Catat Ulasan