Disini saya nak kongsikan bersama anda beberapa doa yang boleh kita amalkan untuk mudah kita peroleh cahaya mata.
Doa berikut adalah dipetik daripada surah-surah yang terdapat didalam Al-Quran.
(Al-Baqarah : 128)
Maksudnya: “Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepadaMU dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepadaMU.”
(Surah Maryam ayat 4-5)
"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."
(Ali-Imran : 38)
Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.
Jadi, selain daripada kita berusaha kita juga perlu memohon agar dipermudahkan untuk kita memperoleh zuriat.
Jangan sesekali kita berputus asa kerana orang yang berputus asa adalah orang yang GAGAL.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan