Ada aktiviti yang dirancang hari ini dengan anak-anak tak? Saya tak ada planning yang hebat-hebat. Cuma nak baca buku dengan anak-anak yang baru dibeli daripada seorang kawan saya di UK. Saya beli 7 buah buku yang semuanya interaktif dan berkulit keras, total harga cuma RM59.
Oklah, saya bukan nak cerita pasal buku, saya nak kongsi pembacaan saya tentang pendidikan anak-anak. Ramai yang sudah mula menyedari bahawa ibu bapa sangat mempengaruhi dalam perkembangan dan sikap anak. Ada sekali saya ditanya mengenai sikap anak yang sukar mendengar kata. Umur anak dalam lingkungan 12 tahun. Apa saranan saya adalah, jika kita ingin anak berubah, kita dulu perlu berubah.
Kita ingin anak rajin membaca, sudah tentu kita sendiri perlu rajin membaca.
Kita ingin anak yang berkata baik, sudah tentu kita dahulu perlu menjaga kata-kata kita. Kita inginkan anak-anak berakhlak mulia, sudah tentu kita dulu yang perlu tonjolkan sikap tersebut.
Dan banyak lagi yang perlu kita dahului berbanding anak kita. Mereka sangat terkesan dengan cara hidup ibu bapa mereka. Tidak hairanlah, anak doktor menjadi seorang doktor, anak artis menjadi artis, anak ustaz menjadi ustazah dan lain-lain.
Maka, sudahkah kita bersedia untuk berubah? InsyaAllah, kerana kesedaran itu telah mula tertanam dalam diri kita. Moga perkongsian ini memberi sedikit pencerahan buat kita semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan