Sabtu, 27 Ogos 2011

Akhirnya Baby Saya Pandai Baca

Semenjak Ebook Rahsia Baby Pandai Baca dilancarkan pada 10 Jun lalu, ramai ibu bapa
yg prihatin telah mendapatkan ebook tersebut. Semenjak itulah saya tertunggu-tunggu maklum balas drp ibu2 khususnya tentang perkembangan pengajaran membaca terhadap baby masing2.

Beberapa hari lepas saya telah menerima email dr seorang ibu yg sangat teruja melihat kali pertama babynya dapat membaca. Saya petikkan sedikit kata2 ibu muda ini melalui emailnya:

"Untuk pengetahuan Kak Wan saya rasa syukur sangat sebab puteri saya Nur Sofeya telah boleh membaca even jumlah perkataan masih sedikit. Terima kasih pada Kak Wan kerana membuat promosi sehingga saya menemui sesuatu yang amat bermankna buat saya dan puteri kesayangan saya.

Pada awal perkenalan perkataan memang payah untuk puteri saya menerima aktiviti ini, dia seperti tidak peduli dan enggan melihat perkataan yang ditunjukkan. Namun berkat kesabaran serta nasihat Kak Wan dan mendapat bantuan serta sokongan suami kini anak saya telah boleh membaca beberapa perkataan kegemarannya. Saya banyak mencuba di awal pagi kerana waktu itu mood puteri saya sangat sporting dan dia gemar membelek buku-buku yang saya sediakan, adakalanya saya akan menampal perkataan di dinding atau pintu. Tulisan yang ditunjukkan disertakan bunyi adakala diselitkan gambar dan dia akan ketawa kerana seronok belajar sambil bermain. Sungguh menakjubkan tatkala anak saya boleh memilih perkataan yang diminta...

Even telah melihat banyak bayi lain yang telah boleh membaca, namun melihat puteri kesayangan sendiri boleh membaca satu pengalaman yang amat menakjubkan, sungguh teruja dan sangat bahagia. Wah gembiranya memang berbaloi bersabar (berbalo-baloi) dan saya akan meneruskan sehingga dia begitu gemar membaca perkataan yang saya tulis sendiri".

Begitu ..tulis ibu muda ini kepada saya, saya sangat terharu membacanya. Apa yg menggembirankan saya ialah apa yg saya hasratkan telah dilaksanakan oleh ibu muda ini, iaitu melihat lebih ramai anak2 diberi peluang membaca pada usia masih muda supaya kita dapat mempertingkatkan keupayaan mereka sebaik mungkin juga dapat membantu mempertingkatkan kualiti pendidikan di negara kita,

Saya masih menunggu berita sebegini dari puan2 / tuan2 yang lain pula terutama yg telah mendapatkan Ebook & mempraktikkan kepada anak masing2. Kepada ibu bapa yg belum mendapatkan ebook tersebut ,puan/tuan boleh dapatkan melalui Link di bawah ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...