Isnin, 3 Jun 2013

Kisah Benar Mungkin Terjadi Pada Anda



Adam (bukan nama sebenar) merupakan seorang jurutera di salah-sebuah kilang yang terletak di Ibu Kota tahanair. Beliau kini sedang syok di lamun cinta dengan salah-seorang gadis jelita bernama Maya (bukan nama sebenar) yang bekerja di salah-sebuah jabatan sektor kerajaan di Utara tanahair.

Apa yang menariknya mereka ini sudahpun bertunang dan bakal mendirikan rumahtangga 3 bulan lagi. Ya, mereka akan berkahwin tidak lama lagi.

Dalam tempoh 3 bulan tersebut, Adam seperti biasa sibuk dengan tugasan hariannya di kilang. Disamping itu juga, Adam bersama tunangnya sedang sibuk bertungkus-lumus membuat perancangan dan persiapan bagi menempuh hari bahagia mereka.

Pejam-celik, pejam-celik, 2 setengah bulan sudah berlalu…

Segala persiapan sudah hampir selesai, hal-hal berkaitan kenduri kahwin, khemah, hantaran, kad-kad jemputan, mak andam, upah photograpaher. Malah Kursus Pra-perkahwinan pun dah selesai mereka hadiri. Semua dah settle.

Tiba-tiba Adam berasa berdebar-debar dan rungsing. Perkara yang bermain-main difikiran Adam ialah soal Malam Pertama

Beliau semacam masih tidak yakin 100% kemampuannya untuk memuaskan bakal isteri beliau ketika malam pertama pengantin mereka.

Hal ini bertambah rungsing lagi dengan Maya (tunang Adam) yang turut berasa gerun dan takut akibat terdengar cerita dari akak-akak di tempat kerjanya yang sudah berkahwin.

Akak-akak tersebut sering menceritakan berkenaan kesakitan yang teramat sangat ketika hubungan persetubuhan kali pertama mereka bersama suami di malam pertama pengantin.

Bersambung....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...