Penting untuk anda mengetahui punca-punca tersebut agar dapat anda atasinya
dan kelak perjalanan malam pertama pengantin anda akan berjalan dengan lancar.
Berikut adalah punca-puncanya:
1. Tidak tahu apakah persediaan sebelum malam pertama
Saya pasti anda tentu bersetuju dengan saya di mana tak kira apa pun perkara
yang ingin kita lakukan dalam hidup kita ini, persediaan itu penting.
Dulu-dulu di sekolah, nak exam kena prepare. Di universiti pun begitu. Sama juga
sebelum anda menjalani temudaga kerja mahupun jika anda ingin memulakan
perniagaan sendiri. Sama jugalah halnya dalam menghadapi malam pertama
pengantin anda kelak. Persediaan adalah wajib!
Pada kebiasaannya, kebanyakkan bakal pengantin tidak benar-benar mengetahui
apakah persediaan-persediaan ataupun perkara-perkara penting yang patut
dilakukan sebelum melalui detik malam pertama bersama pasangan masing-masing.
Sebelum berkahwin, hal-hal berkaitan dalam bilik tidur ni boleh dikatakan
‘misteri’ dan tidak dibincangkan secara terus. Kita biasa mendengar abang-abang
atau akak-akak yang sudah pun melalui malam pertama ni menceritakan betapa
syoknya dan indahnya pengalaman yang telah mereka lalui.
Timbul juga persoalan berkaitan persediaan bagi malam pertama ini samada
bilakah tempoh masa yang betul-betul sesuai untuk kita mula lakukan aktivitiaktiviti
persediaan sebelum malam tersebut.
Adakah 3 bulan, sebulan, seminggu, ataupun sehari sebelum kita melalui malam
pertama tersebut? Nanti dalam bab seterusnya ada saya bincangkan hal ini
secara lebih mendalam.
Ingatlah, betapa pentingnya persediaan yang harus anda tidak lepas pandang
sebelum melayari lautan nikmat malam pertama anda bersama pasangan anda.
Malam pertama merupakan 1st impression terhadap anda oleh pasangan anda
sendiri yang bakal melayari bahtera rumahtangga selamanya. Jangan rosakkan
malam tersebut akibat persediaan anda tidak sempurna.
2. Kurang yakin apa yang patut dan tak patut dilakukan ketika malam pertama
Terdapat segelintir pasangan yang tak tahu atau kurang yakin apakah perkara,
teknik atau perlakuan yang boleh dilakukan ketika hubungan seks malam
pertama.
Tahukah anda bahawa terdapat juga beberapa larangan yang tidak harus anda
lakukan ketika malam indah tersebut?
Mungkin anda sebagai seorang gadis atau jejaka yang masih blur dan musykil
apakah peranan sebenar anda pada malam tersebut. Kalau anda nak tahu, suami
dan isteri ada beberapa perbezaan tau dari segi peranan masing-masing bila
berada di atas ranjang.
Memang lah tak dinafikan, saya percaya anda berpendapat semua perkaraperkara
ini adalah basic saja. Kita boleh tau-tau sendiri. Mungkin anda pernah
belajarnya melalui cd-cd lucah ke atau di internet. Tapi AWAS! Kebanyakkan
sumber-sumber tersebut lebih berorientasikan kebaratan dan keganasan nafsu
seks yang buas.
Anda tak boleh nak main ‘balun’ je pada malam pertama nanti. Takut-takut kalau
anda main ‘balun’ je, nanti karang malam pertama anda jadi malam sengsara.
Lebih-lebih lagi kepada isteri anda yang mendapat kesan buruk akibat perbuatan
main ‘balun’ tadi.
3. Malu bertanya hal-hal berkaitan malam pertama
Hal ini mungkin pernah terjadi kepada anda tak kira si gadis mahupun sang
teruna. Anda malu untuk bertanya secara directly hal-hal berkaitan hubungan
seks di malam pertama ni. Maklum lah ni kan privacy anda sendiri.
Takkan anda nak tanya terang-terangan kat ibubapa, saudara-mara, kakak ke,
abang ke atau rakan-rakan anda yang lain. Kalau tanya pun mungkin berlapis.
Malu gile beb…..
Masalahnya anda tak mendapat maklumat yang jelas dan lebih detail. Orang lain
pun takkan lah nak share semuanya dengan anda sebab tu kan hal privacy
mereka juga. Betul tak?
Ilmu-ilmu begini tidak diajar secara formal samada di sekolah malah dekat kursus
kahwin pun saya berani jamin dengan anda, para instruktur kursus & ustaz-ustaz
tu pun tak ada punya nak ajar yang lagi detail tentang malam pertama ni.
Usah risau. Sebab itulah anda ada panduan ini kan. Anda memang tak perlu nak
tanya kepada sesiapa pun. Tak perlu nak tanggung malu (kalau anda jenis
pemalu lah..lebih-lebih lagi para gadis). Segala kebuntuan tersebut akan
terjawab akhirnya dalam panduan ini nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan