Jumaat, 31 Mei 2013

Indahnya Malam Pertama - Malam 1001 Kelebihan & Kenikmatan

Jika kita memperkatakan tentang malam pertama bagi para pengantin baru, sudah tentu ianya bakal membawa seribu satu kenikmatan dan pengalaman yang manis-manis belaka. Anda sebagai bakal pengantin baru sepatutnya tidak harus melepaskan peluang untuk mengecapi kenikmatan-kenikmatan ini.

Diantara kelebihan yang bakal anda perolehi bukan sahaja ketika malam pertama itu sendiri tapi selepas saat malam pertama pengantin anda nanti adalah ianya boleh mengeratkan serta mengukuhkan lagi perhubungan diantara anda bersama pasangan anda. Setelah anda berkawan atau bercouple, lepas je malam pertama nanti, saya jamin anda dan pasangan anda akan lebih intim dan lebih manja. Barulah hidup anda akan lebih berseri dan bahagia.



Malam pertama juga merupakan titik permulaan dan langkah pertama dalam usaha anda dan pasangan untuk mendapatkan zuriat. InsyaAllah, kita mohon doa agar Tuhan mengurniakan zuriat-zuriat yang soleh/solehah buat anda dan pasangan. Bila dah ada anak-anak kecil ni, rumahtangga anda akan menjadi lebih ceria dengan kehadiran tangisan dan gelak tawa si kecil yang comel tu. Betul tak? Dengan adanya anak, ianya menjadi pelengkap buat keluarga anda. Bak kata orang, barulah cukup korum dalam keluarga yang bakal anda bina nanti.

Selain itu, malam pertama akan menjadikan anda seorang yang lebih fokus dalam melakukan aktiviti seharian anda. Erk..apa pula kaitannya?

Mungkin anda tertanya-tanya. Sebabnya begini, ketika malam pertama lah anda akan melakukan hubungan seks buat pertama kalinya dalam hidup anda. Salah-satu tuntutan dan kehendak paling penting dalam hidup anda telah pun berjaya dipenuhi iaitu keperluan seksual anda. Menurut kajian dan ajaran dalam Islam juga, seseorang yang menyalurkan kehendak seksualnya (ke jalan yang betul dan halal) hidup dia akan menjadi lebih tenang dan daya tumpuan akan lebih tajam serta dapat dipertingkatkan. Dengan itu, segala aktiviti dan pekerjaan seharian anda akan menjadi lebih efesyen dan efektif.

Dari sudut kesihatan pula, tahukah anda bahawa hubungan seks sesama suami isteri mampu menjadikan anda awet muda? Ya, memang betul. Terdapat kajian yang menyatakan jika kita melakukan hubungan seks (yang halal ye) tiga kali seminggu secara konsisten, wajah kita boleh kelihatan 4-7 tahun lebih muda dari usia sebenar kita.

Ini kerana melalui aktiviti seks, darah yang mengangkut oksigen dapat dipam dengan lebih banyak ke seluruh tubuh badan anda yang boleh membawa segala nutrien untuk kesihatan kulit anda. Wajah kaum wanita yang berseri-seri juga adalah lambang kepuasan seks yang mereka alami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...