Isnin, 2 April 2012

Tip ibu mengandung: Supplement untuk Ibu Hamil.

Apabila seseorang wanita itu disahkan mengandung, doktor akan memberikan wanita itu beberapa jenis supplement.

Antara contoh supplement yang biasa dibekalkan kepada wanita mengandung adalah asid folik dan juga ferrous fumarate.

Selain daripada asid folik, ada juga sesetengah wanita mengandung akan diberikan supplement Obimin. Supplement Obimin ini sangat membantu meningkatkan zat dalam wanita yang kekurangan nutrien.

Supplement ini amat penting sekali bagi memastikan ibu hamil serta kandungannya memperolehi cukup zat dan nutrien yang diperlukan.

Seperti yang kita sedia maklum, fungsi asid folik adalah untuk mengelakkan dan mengurangkan risiko kecacatan tulang belakang bagi bayi.

Manakala Ferrous Fumarate adalah untuk  meningkatkan bilangan sel darah marah dalam ibu mengandung. Jika kekurangan darah dalam badan ibu hamil, ia boleh menyebabkan kekurangan oksigen dalam badan ibu mengandung.

Ibu mengandung yang kekurangan darah akan menunjukkan simptom seperti wajah pucat, bernafas tercungap-cungap dan letih serta lesu.

Dalam ebook Panduan Kesihatan Ibu Hamil ada menjelaskan secara terperinci bagaimana fungsi-fungsi vitamin dan supplement yang sepatutnya ibu mengandung  miliki.

Ia juga menerangkan kepada ibu mengandung tip-tip penting yang harus ibu mengandung ketahui dalam memastikan proses kehamilan berjalan dengan lancar dan selamat dan sempurna.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...