Isnin, 9 April 2012

Terdapat banyak sebenarnya punca yang boleh menyebabkan berlakunya perceraian dalam sesebuah rumahtangga.
Berikut saya kongsikan bersama anda 3 diantaranya:
1. Punca yang pertama ialah kelemahan dalam    berkomunikasi sesama pasangan.
   Ini merupakan salah-satu punca dan faktor  berlakunya perceraian di kalangan pasangan suami-isteri yang paling utama. Ia boleh dikatakan terletak di tangga teratas senarai punca-punca perceraian yang lain.
   Komunikasi yang lemah dan tidak berkesan boleh mengundang salah-faham. Ini akan membuatkan samada salah-satu pihak kurang jelas serta kurang faham apa yang disampaikan oleh satu pihak lagi.
2. Punca kedua pula ialah tidak bijak mengurus kewangan keluarga dan diri sendiri.
   Mengikut statistik dan laporan yang dikeluarkan oleh pihak Jabatan Agama Islam Perlis tahun 2010, masalah dalam pengurusan kewangan keluarga merupakan punca nombor 1 kes perceraian kian meningkat di negeri itu.
 
   Masalah utama dalam hal pengurusan kewangan terjadi akibat daripada wang bulanan yang keluar lebih banyak jumlahnya berbanding wang yang masuk (pendapatan) setiap bulan.
3. Punca yang ketiga ialah tidak mengambil berat tanggungjawab solat 5 waktu sehari semalam.
    Pasangan suami-isteri tak kira dua-dua pihak  mahupun salah-satunya yang ambil mudah dengan perintah Allah ini, hidup keluarga  mereka memang tidak akan sesekali tenteram .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...