Ahad, 27 Januari 2013

Mitos Tentang Madu

Mitos: Permukaan madu mempunyai buih-buih halus.
Sebab: Madu yang tidak diproses dengan baik akan menyebabkan berlaku proses penapaian dalam madu tersebut. Ini maksudnya madu itu sudah rosak.

Mitos: Rendamkan kayu mancis atau surat khabar dalam madu tersebut dan nyalakan api. Jika terbakar, ia madu asli.
Sebab: Setiap madu mempunyai kadar peratusan moisture. Berlainan madu berlainan kadar moisture. Ini menyebabkan sesetengah madu asli tidak dapat dibuktikan dengan kaedah ini.

Mitos: Madu asli tidak dikerumuni/dihurung semut, tetapi madu tiruan yang bercampur gula akan dikerumuni/dihurung semut.
Sebab: Komponen teras madu adalah gula. Tidak mustahil semut menghurungi madu.

Mitos: Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu. Madu asli akan menyebabkan isi telur masak, tetapi tidak bagi madu tiruan
Sebab: Pelbagai bendasing boleh dicampurkan bersama madu. Antaranya air kapur, yang boleh ‘memanaskan’ madu.

Mitos: Jika madu berada dalam botol, apabila penutup botol dibuka, madu asli akan meletup mengeluarkan bunyi “ pop “
Sebab: Semua madu asli mampu mengeluarkan bunyi “pop” kerana di dalam madu terdapat partikel udara yang kecil. Namun ini tidak boleh djadikan asas pembuktian kerana madu tiruan yang dicampurkan dgn bahan asing seperti serbuk kayu manis dan air kapur juga mampu menghasilkan bunyi yang sama. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...