Jumaat, 11 Oktober 2013

TANDA- TANDA AWAL KANSER RAHIM

Barah pangkal rahim atau juga dikenali sebagai Kanser Servik merupakan barah yang kedua paling tinggi kejadiannya di kalangan wanita di Malaysia. Barah pangkal rahim juga merupakan barah paling biasa dikalangan wanita usia biak ( reproductive age ).

Salah satu faktor risiko penyakit barah pangkal rahim adalah kehadiran antibodi kepada human papillomavirus (kumpulan virus yang sama yang menyebabkan ketuat kelamin ( genital wart )). Walaupun tidak merbahaya, virus ini dipercayai menyebabkan perubahan kepada sel di pangkal rahim ( cervix ), menyebabkan perkembangan barah. Jenis strain HPV dikaitkan dengan barah pangkal rahim (strain 16, 18 dan 31), bukanlah jenis yang menyebabkan ketuat kelamin.

Kedua-dua human papillomavirus jenis risiko tinggi dan risiko rendah mampu menyebabkan pertumbuhan sel luar biasa, tetapi hanya human papillomavirus jenis risiko tinggi mendorong kepada barah. human papillomavirus risiko tinggi, disebarkan melalui hubungan seksula termasuk jenis Sexually 16, 18, 31, 33, 35, 39, 45, 51, 52, 56, 58, 59, 66, 68, and 73 (4). Human papillomavirus jrisiko tinggi ini menyebabkan pertumbuhan pada pangkal rahim yang biasanya rata dan hampir tidak kelihatan, berbanding ketuat luaran yang disebabkan oleh jenis risiko rendah HPV–6 dan HPV–11. Jenis HPV 16 dan 18 bersama menyebabkan 70 peratus barah pangkal rahim (4, 5).

Adalah penting bagi menyedari bahawa kebanyakan jangkitan HPV risiko tinggi sembuh sendiri tanpa menyebabkan barah. [1] Terdapat lebih 100 jenis virus Human Papilloma (HPV), oleh itu pengambilan vaksin bagi Human Papilloma (HPV) jenis tertentu tidak menjamin perlindungan dari virus jenis Human Papilloma (HPV) yang lain.

Disebabkan oleh itu, wanita yang kerap bertukar-tukar pasangan berdepan risiko lebih tinggi mendapat kanser serviks yang disebabkan jangkitan virus Human Papilloma (HPV) yang hanya tersebar melalui hubungan seks. Selain itu, kanser serviks boleh disebabkan hubungan seks pada usia terlalu muda dan tabiat merokok.

Perangkaan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 2001 menunjukkan, kira-kira 26 peratus saja wanita menjalani ujian pap smear, manakala 74 peratus lagi memberi perhatian terhadap pemeriksaan kanser payu dara.

Pada tahun 2003, Daftar Kanser kebangsaan melaporkan bahawa kadar kasar kejadian barah pangkal rahim di Malaysia ialah 16.5 wanita dalam setiap 100,000 penduduk. Penyakit ini merangkumi 12.9 peratus barah yang dihidapi wanita.

‘‘Ini bermakna lebih 1,300 wanita didiagnosis menghidapi kanser serviks dan lebih 750 wanita mati akibat penyakit ini setiap hari.

Secara amnya wanita perlu menjalani tiga jenis pemeriksaan iaitu ujian kanser payu dara, ultra sound dan lumuran pap sekurang-kurangnya dua tahun sekali.

Wanita dinasihatkan untuk menjalani ujian lumuran Pap setiap tahun untuk memeriksa sel pra-barah, atau sebarang kelainan. Jika barah pangkal rahim dikesan awal, ia boleh dirawat tanpa mengganggu kesuburan.

Dalam barah pangkal rahim), sel-sel di pangkal rahim tumbuh secara tidak normal. Sel-sel terus membesar dan membentuk satu ketumbuhan atau tumor. Jika tidak dirawat sel-sel barah ini boleh merebak ke bahagian badan yang lain melalui sistem darah atau limfa anda.

Barah pangkal rahim mengambil masa bertahun-tahun untuk berkembang. Sebelum barah pangkal rahim berkembang, perubahan awal berlaku di dalam sel pada permukaan pangkal rahim. Ini disebut peringkat pra-kanser.


Sumber

Khamis, 10 Oktober 2013

Fakta Mengenai Air Mani

1. Air mani boleh menyebabkan alergik

Ada beberapa wanita yang alergi terhadap air mani. ini disebut hipersensitivitas plasma mani manusia (seminal plasma hypersensitivity). Gejala ini bergantung pada jumlah air mani yang masuk ke tubuh.

Gejala seperti gatal, kemerahan, lepuh, bahkan kadang-kadang menyebabkan susah bernafas.

2. Air mani adalah sumber tenaga

Air mani telah dikaitkan dalam pengubatan Cina dan teori Chi Kung.

Menurut teori Chi Kung, energi dari tubuh ditransfer ke organ seksual selama ghairah seksual. Teori ini menunjukkan setelah keluar air mani, energi tertentu dari tubuh manusia juga sedang dirembes.

Hal ini menjelaskan mengapa orang merasa lemah setelah melepaskan sperma.

3. Rasa air mani berpunca dari makanan yang dimakan lelaki

Menurut Bodansky dalam bukunya yang berjudul To Bed or Not to Bed (2005), beberapa wanita menyukai rasa air mani tapi yang lain tidak demikian. Sebagai contoh, kafein dan daging merah membuat rasa air mani masam atau pahit.

4. Air mani sebagai ubat anti depresi (stress) wanita

Air mani mengandungi beberapa hormon yang mengubah suasana hati, seperti testosteron, estrogen, hormon perangsang folikel, hormon luteinizing, prolaktin dan beberapa prostaglandin yang berlainan. Dan memberi kesan dalam darah wanita sejam setelah terkena air mani.

5. Air mani adalah sejenis nutrisi

Johnson dan Everitt dalam bukunya Essential Reproduction (2000) mengatakan air mani mengandungi gizi yang tinggi.

Dalam ejakulasi khas (kira-kira satu sudu teh), air mani sudah mengandung 150 mg protein, 11 mg karbohidrat, 6 mg lemak, 3 mg kolesterol, 7 percent US AKG kalium, tembaga dan seng.

6. Air mani tidak akan habis

Lelaki hanya memerlukan waktu 15 minit untuk menambah jumlah air mani setelah ejakulasi.


Sumber


Rabu, 9 Oktober 2013

Ketahui keistimewaan dan kelebihan susu ibu

Tetapi masih ramai ibu yang tidak tahu manfaat dan kelebihan yang bakal diperoleh oleh ibu dan anak.

Kecutkan rahim
Menyusukan bayi akan bantu anda kembali kepada bentuk tubuh asal dengan lebih cepat. Rahim yang sebelum ini membesar 20 kali lebih besar berbanding sebelum hamil mudah kecut. Hormon oksotosin yang terkandung dalma susu ibu membantu pengecutan rahim dengan menyingkirkan plasenta. Bagi ibu yang tidak menyusukan bayi, rahim mereka sukar untuk mengecut kepada keadaan asal.

Singkir mekonium
Di dalam usus bayi yang lahir, terdapat beberapa jenis bahan yang dikenali sebagai mekonium. Bahan ini jika tidak dibuang akan memberi kesan yang buruk kepada bayi. Oleh yang demikian, kolostrum yang terdapat dalam susu ibu boleh menyingkirkan bahan tersebut daripada tubuh bayi.

Mudah dihadamkan.
Bayi lebih mudah hadam jika menyusu secara ekslusif. Ini disebabkan oleh enzim yang terkandung dalam susu ibu membantu proses penghadaman. Dalam pada itu, khasiat yang terdapat dalam susu ibu lebih cepat diserap ke dalam sistem tubuh bayi berbanding susu formula.

Pencegah penyakit
Bayi yang disusukan secara ekslusif jarang sekali dihinggapi penyakit. Ini kerana susu badan mengandungi antibodi kepada pelbagai jenis penyakit. Kira-kira 80 peratus sel dalam susu ibu terdiri daripada makrofaj. Sel berkenaan berfungsi untuk membunuh bakteria, fungus dan virus. Oleh itu, jika bayi disusukan secara ekslusif, mereka terlindung daripada daripada pelbagai jenis penyakit berbahaya termasuklah pneumonia, botulism, bronkitis, jangkitan telinga, influenza dan banyak lagi.

Elak pendarahan
Apabila menyusukan bayi, tubuh anda akan mengeluarkan oksitosin yang merangsang kontraksi. Kontraksi tersebut dapat menutup saluran darah maternal. Dengan itu, masalah pendarahan dapat dielakkan.

Kurangkan insulin
Berita baik untuk anda yang menghidap penyakit kencing manis. Anda dapat mengurangkan kadar insulin hanya dengan menyusukan bayi. Bukankan itu baik untuk anda!

Stabilkan pertumbuhan endometriosis
Kajian klinikal menunjukkan penyusuan dapat menghentikan perkembangan endometriosis untuk sementara waktu. Ini kerana ibu yang menyusukan bayinya tidak akan datang haid untuk tempoh yang tertentu. Jadi apabila anda tidak datang haid, keadaan ini akan mengelakkan diri kesakitan akibat endometriosis.

Lindungi daripada masalah penglihatan
Susu ibu penuh dengan khasiat dan salah satunya ialah vitamin A. Seperti yang diketahui, vitamin A baik untuk kesihatan mata.

Bertindak sebagai ubat penenang
Susu ibu mengandungi oksitosin yang dapat mambantu menenagkan bayi. Apabila disusukan , bayi dengan sendirinya akan tenang setelah meragam.

Penahan sakit semulajadi
Susu ibu mengandungi endorfin yang dapat menahan sakit. Sakit yang dirasai akibat bengkak dapat dilegakan selepas beberapa minit penyusuan bayi dilakukan. Jika bayi manjalani rutin suntikan imunisasi, anda digalakkan untuk menyusukan bayi sejurus disuntik. Penyusuan akan membantu mengurangkan kesakitan sekaligus meningkatkan keberkesanan vaksin yang diterima.


Sumber


Selasa, 8 Oktober 2013

Apakah 2 faktor utama membakar lemak anda?

Terdapat 2 faktor utama yang perlu anda laksanakan supaya pembakaran lemak dalam diri anda dapat  dimulakan

Faktor ini adalah senaman kardio dan senaman bebanan.

Sebelum saya pergi jauh menerangkan topik kita pada kali ini, eloklah saya jelaskan makna senaman kardio.

Senaman kardio adalah senaman yang melibatkan peningkatan denyut nadi melibatkan kepantasan  pergerakkan seperti berlari, bermain badminton, berfutsal dan berenang atau jogging.

Manakala senaman bebanan pula adalah aktiviti mengangkat beban dan juga melibatkan peningkatan
denyut nadi namun ia tidak berterusan.

Kajian telah membuktikan aktiviti senaman kardio diselang seli dengan aktiviti senaman bebanan dapat meningkatkan peratusan pembakaran lemak sehingga 2 kali ganda berbanding anda membuat latihan salah satu sahaja daripadanya.

Isnin, 7 Oktober 2013

Bagaimana untuk meningkatkan metabolisma?

Proses metabolisma adalah salah satu tindak balas yang berlaku dalam diri kita supaya tenaga dapat dibekalkan apabila diperlukan.

Proses metabolisma yang tinggi menunjukkan proses pembakaran lemak juga adalah tinggi.

Sebagai contoh, seseorang yang beratnya 100kg memiliki metabolisma yang lebih tinggi berbanding orang yang beratnya 65kg.

Ini kerana orang yang berat 100kg memerlukan tenaga yang lebih banyak untuk mengerakkan berat badan mereka. Berbanding dengan orang yang beratnya 65kg.

Lagi satu seseorang yang memiliki otot yang lebih banyak, sebenarnya memiliki kadar metabolisma yang tinggi berbanding seseorang yang memiliki lemak yang banyak.

Banyak kelebihan jika seseorang itu yang memiliki kadar metabolisma yang tinggi. Antaranya ia dapat membakar lemak dengan pantas.

Ahad, 6 Oktober 2013

5 tip simple bakar lebih kalori!

Sekarang saya nak share dengan anda bagaimana kita dapat membakar lebih kalori berdasarkan
aktiviti seharian kita.

Tanpa melengah-lengahkan masa, ayuh kita mulakan sekarang:

1) Gunakan tangga daripada guna lif. Samaada anda menaiki tangga atau turun menggunakan tangga ia sebenarnya membakar 10 kali ganda kalori berbanding anda naik lif. Malah ada kajian mengatakan
dengan menaiki 100 anak tangga sehari anda mampu mengurangkan risiko serangan jantung sebanyak 20%!

2) Parking jauh dari tempat yang dituju. Orang lain selalu berebut tempat parking yang berhampiran tempat yang dituju. Anda buat sebaliknya. Percayalah ia dapat meningkatkan metabolisma anda kerana terbakarnya lebih kalori apabila berjalan ke tempat yang dituju. Selain itu anda tidak perlu lagi berebut tempat parking.

3) Berdiri & berjalan daripada duduk. Jika anda kerja di pejabat dan kerja anda hanya duduk depan komputer sahaja, kali ini anda perlu ubah. Setiap 15 minit sila bangun dan berjalan sekitar tempat anda bertugas. Pastikan dalam tempoh anda bekerja tu lebih 10,000 langkah anda berjalan. Jika itu berjaya dilakukan, lebih kurang 350kcal anda telah terbakar sambil anda bekerja.

4) Masak sendiri daripada makan kat luar. Apabila anda memasak, anda sebenarnya dapat menjimatkan kalori daripada makanan yang anda masak itu. Dengan cara menggunakan kurang minyak. Selain daripada itu, kelebihan masak sendiri ini memerlukan anda bergerak kesana kemari dalam menyediakan masakan. Disitu kalori anda terbakar lebih banyak daripada duduk sahaja menunggu makanan dihantar ke meja.

5) Basuh kereta sendiri. 30 minit membasuh kereta dapat membakar lebih kurang 200kcal. Malah ia menjimatkan duit poket anda :)

Sabtu, 5 Oktober 2013

Bahagian Tubuh Yang Seksual

Setiap anggota badan manusia adalah unik dan boleh memainkan peranan dalam aktiviti seksual bersama pasangan. Sentuhan yang penuh kasih sayang boleh membangkitkan ghairah dan perasaan cinta antara pasangan dan menambahkan kenikmatan dalam hubungan seks.

Mungkin anda tidak tahu yang sentuhan bukan hanya boleh dilakukan dengan jari atau anggota badan sahaja, tetapi terdapat pelbagai teknik sentuhan seksual yang boleh anda terokai bersama pasangan anda dalam memulakan hubungan seks.

Sentuhan Jari Untuk Hubungan Seks
Sentuhan daripada jari yang lembut dan perlahan boleh meningkatkan keinginan untuk memulakan hubungan seks. Tapi awas jika si wanita berkuku panjang. Kadang-kadang kuku yang terlalu panjang boleh mengganggu kelancaran ketika melakukan hubungan seks. Tambahan pula jika sentuhan dilakukan di kawasan yang sensitif seperti zakar mahupun faraj. Akibat terlalu asyik dan ghairah, zakar atau faraj mungkin terluka.

Sentuhan Bibir Untuk Hubungan Seks
Perlukah melakukan ciuman dengan aksi yang rakus dan penuh ghairah seperti yang selalu anda tonton didalam filem X atau filem blue? Kadangkala ciuman ghairah dan rakus sebegitu tidak diperlukan sama sekali, dan harus diingat bukan semua insan sukakan aksi ciuman rakus atau permulaan yang rakus.

Cium lah pasangan anda dengan mengucup dahi atau bibir dengan perlahan dan penuh kasih sayang. Tunjukkan yang anda benar-benar mencintai pasangan anda, dan salurkan perasaan cinta dan kasih sayang anda dengan kucupan-kucupan lembut dan sensual.

Sentuhan Suara Untuk Hubungan Seks
Sentuhan tanpa sentuhan fizikal di dalam hubungan seks? Sentuhan suara berada di dalam kategori ini. Anda semua tahu yang erangan atau keluhan ketika melakukan hubungan seks memainkan peranan yang amat penting dalam membangkitkan ghairah ketika sedang beraksi. Tambah-tambah lagi jeritan kecil kepuasan yang dihasilkan ketika klimaks boleh menambahkan kepuasan yang dicapai bersama.

Oleh itu gunakanlah sentuhan suara ini sepenuhnya dalam hubungan bersama anda. Jangan takut atau malu untuk mengeluh, mengerang, atau menjerit kerana tanpa anda sedar, pasangan anda akan lebih teransang oleh suara anda.

Sentuhan Perasaan Untuk Hubungan Seks
Seperti sentuhan suara, iaitu sentuhan tanpa gerakan fizikal. Sentuhan perasaan adalah sesuatu yang abstrak dan hanya dapat dirasai oleh mereka yang sama-sama mencintai antara satu sama lain. Hanya dengan melihat pasangan anda tepat di dalam matanya, tanpa mengucapkan sebarang kata, akan terpancar perasaan kasih sayang dan cinta antara anda berdua. Hanya anda dan pasangan yang benar-benar anda cintai sahaja yang dapat melahirkan sentuhan perasaan.

Bagaimana, sudahkah anda dan pasangan anda bersedia untuk menyentuh dan disentuh dalam hubungan seks?

Jumaat, 4 Oktober 2013

12 sebab mengapa haid datang lewat



Risau sebab haid tidak datang? Kecuali anda memang merancang untuk hamil, haid yang lewat memang memeningkan kepala kebanyakkan wanita.

Kehamilan adalah perkara pertama yang anda fikirkan sejurus haid anda lewat tetapi ia bukanlah satu-satunya sebab mengapa haid tidak datang.

Dibawah terdapat 12 kemungkinan kenapa ia boleh terjadi:

Tekanan.
Tekanan dalam bentuk fizikal dan mental boleh mempengaruhi hormon anda dan seterusnya haid kita. Bila kita dalam keadaan tertekan badan akan mengeluarkan hormon stress yang boleh menganggu ovulasi dan seterusnya memberhentikan haid kita.

Masalah kesihatan: Sakit secara tiba-tiba seperti demam panas, menjalani pembedahan, atau sakit yang memerlukan rawatan intensif boleh memberikan tekanan fizikal terhadap badan dan seterusnya menganggu kedatangan haid kita.

Ubatan: Mungkin baru baru ini anda baru mencuba jamu atau menjalani rawatan traditional atau intensif untuk menguruskan badan. Sekiranya betul, kemungkinan besar ia punca mengapa haid anda lewat.

Berlebihan hormon prolaktin:
Hormon prolaktin yang berlebihan menghalang pengeluaran telur dan seterusnya menyebabkan haid anda lewat berbulan-bulan lamanya. Sekiranya anda merasa seperti susu keluar dari puting payudara atau pening kepala, berjumpalah dengan doktor kerana kemungkinan besar anda mengalami masalah hyperprolatinemia.

Menyusu badan:
Sekiranya anda menyusu badan terutamanya secara eksklusif, haid anda mungkin tidak akan datang sehingga berbulan-bulan.

Masalah tiroid:
Rasa panas, berdebar dan kekurangan berat badan secara mendadak mungkin merupakan tanda yang anda mengidap penyakit tiroid. Jangan berlengah sekiranya ia disertai dengan haid yang sedikit atau tiada langsung.

Gemuk:
Berlebihan lemak dalam badan boleh memberikan ketidak-seimbangan hormon kerana ia menjadi tempat simpanan hormon estrogen. Berlebihan hormon estrogen akan menyebabkan haid anda terganggu seterusnya lewat haid. Cuba kurangkan 10% dari berat anda sekarang dan kemungkinan besar kitaran haid anda kembali seperti biasa.

Terlalu kurus:

Tidak cukup lemak dalam badan juga boleh memberikan masalah terhadapi haid anda. Ini kerap terjadi kepada mereka yang terlalu banyak senaman seperti atlit dan penari balet. Mendapatkan kembali berat badan yang sepatutnya dengan secara automatik akan mengembalikan haid anda semula.

Tersilap kira:
Masalah ini juga kerap terjadi. Dikatakan 40% wanita gagal mengingati dengan tepat tarikh sebenar haid mereka. Asal ia dalam kitaran 21-35 hari, haid anda andalah normal. Pastikan mencatit dalam nota hari pertama haid anda setiap bulan supaya anda tidak lagi risau.

Menopos:
Bagi mereka yang berusia lewat 40’an, mengalami haid yang semakin sedikit dan jarang-jarang adalah salah satu tanda menopos. Sekiranya bimbang, berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan dan sedikit ujian darah boleh membuat diagnosa yang tepat. Anda juga disarankan untuk menjalani pap smear untuk memastikan yang anda tidak mengalami masalah dipangkal rahim.

Pencegah hamil:
Sekiranya anda baru-baru ini mengambil hormon pencegah hamil seperti depo-provera atau implanon, ia adalah sebab mengapa haid anda lewat datang. Alat pencegah hamil berhormon menghalang ovulasi terjadi seterusnya kedatangan haid. Jadi jangan risau!

Hamil:
akhirnya, sebab mengapa anda lewat haid adalah kerana anda hamil!... congrats!! Ujian air kencing dengan mudah dapat memberikan pengesahan.

Apa yang anda perlu buat sekarang?

Sekiranya anda hamil, buatlah temu-janji dengan doktor sakit puan untuk memastikan kehamilan anda. Sekiranya ujian air kencing negatif atau sedikit kabur, anda boleh mebuat ulangan 2-3 hari kemudianya dan semestinya ia akan positif 100% sekiranya anda betul–betul hamil. Walaubagaimana, sekiranya masih negatif selepas ujian kedua, ia adalah sebab yang baik untuk anda berjumpa dengan doktor anda untuk mencari punca sebenar mengapa haid anda lewat.


Sumber

Khamis, 3 Oktober 2013

10 langkah menjaga kesihatan semasa hamil


1. Rancangkan rawatan antenatal anda dari awal
Penjagaan antenatal yang baik adalah penting untuk kesihatan bayi anda. Memilih doktor yang akan menjaga anda dari awal lagi bermakna anda akan mempunyai banyak masa untuk membina hubungan yang baik sebagai persediaan untuk kelahiran. 

Walaupun anda tidak berpeluang untuk memilih penjaga, anda mungkin boleh dapat membangunkan persefahaman yang baik dengan seorang bidan atau pakar obstetrik yang anda berjumpa dalam tempoh masa anda menjalani rawatan kehamilan anda. 

Dapatkan maklumat lebih lanjut mengenai pilihan rawatan antenatal anda.

2. Makan dengan baik
Anda tidak perlu "makan untuk dua orang" apabila anda hamil, atau minum susu penuh lemak atau mengambil makanan tambahan yang dipasarkan sebagai susu untuk ibu. Malah, keperluan tenaga anda tidak berubah dalam tempoh enam bulan pertama kehamilan, dan keperluan ini hanya meningkat sedikit dalam tempoh tiga bulan yang akhir (sebanyak sekitar 200 kalori sehari).

Walau bagaimanapun, adalah penting untuk mengambil diet yang sihat dan seimbang. Ramai wanita hilang selera untuk makanan tertentu, tetapi makanan tersebut memang boleh digantikan dengan yang lain yang mengandungi nilai-nilai nutrisi yang sama.

Pastikan diet anda merangkumi banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (sekurang-kurangnya lima hidangan sehari). Sediakan sarapan anda berasaskan karbohidrat seperti roti, pasta dan nasi (sebaik-baiknya jenis bijirin sempurna supaya anda mendapat serat pada kadar yang banyak). Sertakan protein seperti ikan, daging, telur, kacang atau kekacang polong, dan sejumlah susu dan makanan tenusu, setiap hari. 

Juga, adalah penting untuk tidak mengabaikan sarapan pagi di samping mengawal saiz hidangan dan pemakanan snek sementara menunggu waktu sarapan.

3. Berhati-hati tentang kebersihan makanan
Adalah lebih baik untuk mengelakkan makanan tertentu semasa hamil sebab ia membawa risiko kesihatan bagi bayi anda.

Listeria, yang boleh menyebabkan keguguran atau penyakit yang teruk bagi bayi baru lahir, mungkin berpuncakan keju lapuk matang yang lembut, seperti Brie dan Camembert, dan keju berurat biru, seperti Stilton. Jangan makan semua ini semasa anda hamil. Keju keras, seperti cheddar dan keju lembut diproses, seperti keju kotej, Philadelphia dan Boursin, adalah selamat untuk dimakan.

Untuk mengelakkan toxoplasmosis, yang sebenarnya jarang berlaku, namun boleh menjejaskan bayi dalam kandungan secara serius, ia adalah penting untuk memakai sarung tangan apabila mengendalikan pasir kumbahan kucing dan tanah tanaman, juga, elakkan daripada makan daging yang kurang masak atau mentah, dan cucilah sayur-sayuran dan sayur salad dengan rapi untuk membersihkannya dari sebarang tanah atau kotoran.

Jangkitan salmonella boleh berlaku akibat memakan ayam yang kurang masak, dan telur mentah atau dimasak lembut. (Baca lebih lanjut mengenai kebersihan makanan semasa hamil).

4. Mengambil tambahan folik asid dan memakan ikan
Tambahan diet yang dianggap benar-benar penting ialah folik asid (juga dikenali sebagai folat), yang boleh membantu mencegah spina bifida dan lain-lain kecacatan tiub neural bayi.

Spina bifida adalah penyakit kongenital yang serius. Ia berlaku apabila tiub yang melindungi sistem saraf pusat tidak menutup sepenuhnya dan boleh mengakibatkan ketidakupayaan yang teruk. Semua wanita yang merancang untuk hamil dinasihatkan supaya mengambil tambahan harian folik asid 400mcg dari masa pembenihan dan sepanjang tiga bulan pertama kehamilan.

Anda juga boleh meningkatkan pengambilan folat semulajadi melalui pemakanan anda. Folat didapati dalam banyak makanan yang berbeza, terutama sayur-sayuran dan bijirin sarapan yang diperkuatkan dengan vitamin. Lain-lain nutrien yang penting untuk kesihatan anda dan bayi anda adalah besi dan kalsium, yang pada umumnya diperolehi melalui pemakanan biasa anda.

Beberapa kajian telah menunjukkan bahawa minyak ikan yang mengandungi asid lemak omega-3, mungkin mempunyai kesan yang baik terhadap praeklampsia, berat kelahiran bayi dan perkembangan otak dan saraf bayi di peringkat akhir kehamilan.

Ikan berminyak mengandungi protein, mineral, vitamin D dan asid lemak omega-3, yang bayi anda perlukan semasa dia membesar dan berkembang, tetapi ia juga mengandungi merkuri dan bahan pencemar lain. Syor semasa ialah supaya memakan ikan berminyak seperti hering, tenggiri, salmon atau sardin tidak lebih dari dua kali seminggu, tetapi anda masih boleh memakan jenis ikan lain seberapa banyak yang anda suka.

Jika anda tidak suka ikan, tambahan minyak ikan senang diperolehi (pilih jenama yang bebas Vitamin A berbentuk retinol, yang tidak digalakkan semasa kehamilan).

5. Bersenam selalu
Satu program senaman boleh memberi anda kekuatan dan ketahanan yang akan diperlukan untuk menampung berat badan anda yang akan bertambah semasa mengandung dan untuk menangani tekanan fizikal kelahiran. Ini juga akan memudahkan anda untuk kembali balik ke bentuk badan asal anda selepas bayi anda dilahirkan.

Senaman boleh menambah perasaan ceria dan membantu anda menangkis kemurungan semasa mengandung. Pakar-pakar tidak pasti macam mana senaman menyebabkannya, tetapi terdapat bukti yang semakin meluas bahawa ia mempunyai kesan positif ke atas bahan kimia otak seperti serotonin dan dopamina, yang membantu mengawal emosi dan perasaan anda.

Jika anda biasa menjalankan senaman dalam bentuk sejenis sukan, anda boleh teruskan sahaja selagi ia selesa untuk anda, melainkan jika sukan itu membawa risiko jatuh atau terhantuk. Senaman lebih ringan seperti berjalan, berenang dan aerobik air juga sangat bermanfaat. 

6. Mula lakukan senaman lantai pelvik
Adalah agak biasa bagi wanita yang mengandung atau yang telah melahirkan anak untuk mengalami masalah tekanan inkontinens; apabila sedikit air kencing bocor akibat aktiviti tertentu, termasuk bersin, ketawa dan senaman. Anda boleh membantu mengelakkan perkara ini daripada berlaku dengan melakukan senaman lantai pelvik, dan mulakanlah ini sebelum hamil atau semasa mengandung.

Otot lantai pelvik adalah gantungan otot di dasar pelvis anda yang menyokong pundi kencing, vagina dan rektum. Ianya boleh terasa lemah daripada biasa semasa hamil sebab tekanan tambahan ke atasnya, dan sebab hormon kehamilan menyebabkannya mengendur sedikit.

Lantai pelvik anda boleh dikencang dan diperkuatkan dengan program latihan harian. Cadangan semasa mengesyorkan anda melakukan senaman lantai pelvik tiga kali sehari, sebanyak lapan kontraksi setiap kali. Baca artikel kami mengenai senaman lantai pelvik semasa mengandung untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana untuk melakukannya dengan betul.

7. Hadkan pengambilan alkohol
Sebab sebarang alkohol yang anda minum akan sampai kepada bayi anda dengan cepat melalui aliran darah anda dan plasenta, anda boleh mengambil keputusan untuk tidak mengambilnya sama sekali, atau sekurang-kurangnya untuk mengawal jumlah yang anda minum.

Di UK, Kolej Diraja Physician, dan baru-baru ini, Jabatan Kesihatan, mengesyorkan bahawa wanita hamil mengawal keadaan dengan menjauhi alkohol sama sekali. Kolej Diraja Obstetrisian dan Ginekologi dan Agensi Piawaian Makanan mengesyorkan, jika anda bercadang untuk masih minum, supaya menghadkannya kepada satu atau dua unit alkohol, tidak lebih daripada sekali atau dua kali seminggu, dan jangan sampai mabuk.

Wanita yang banyak minum secara kerap (lebih daripada enam unit sehari) semasa mengandung dianggap berisiko yang lebih tinggi untuk melahirkan bayi dengan gangguan spektrum alkohol janin (Fetal Alcohol Syndrome), yang menyebabkan pelbagai masalah dari masalah pembelajaran kepada kepada masalah kecacatan kelahiran yang lebih serius.

Sabtu, 28 September 2013

Cara Mengajar Anak Membaca Al-Quran oleh Mommy Luna



Anak anak semakin membesar
Sekejap tukar jadi Boboi Boy, sekejap jadi Upin Ipin

Saya ingin berkongsi cara saya mengajar anak anak mengenal huruf dan bacaan didalam Al-Quran
Betul, pandai baca doa makan adalah skil yang menakjubkan namun ia masih boleh dikembangkan menjadi lebih baik bukan..

Tips yang dapat saya simpulkan adalah seperti dibawah (dimana ianya akan diupdate dari semasa ke semasa jika saya jumpa cara yang berkesan) :

1.Mommy dan daddy belajar dahulu

Kalau takut mommy dan daddy mengambil masa yang lama untuk belajar mengaji terlebih dahulu, kita belajar bersama sama dengan anak anak
Kenal pasti huruf Alif, Ba, Jim dan seterusnya (bersama sama)
Keywordnya ialah bersama sama
Buat muka eksaited (sebenarnya memang eksaited) bila mengenal pasti banyak jenis ‘lam alif’ didalam je’amma (Juz Amma)

2. Bukan waktu ‘mengaji’ semata mata
Saya notis anak anak tidak suka jika diajak mengaji
Jadi saya ajak mereka ‘membaca buku’
Namun buku yang mommy pilih ialah Muqaddam mereka

3. Waktu yang konsisten
Waktu yang dicadangkan ialah waktu pagi sebelum pergi kerja
Namun jika ada hari yang perlu keluar awal, ianya boleh digantikan dengan waktu selepas solat Maghrib
Amalkan sekurang kurangnya sehari sekali
Biarpun dapat bersama sama membaca 2 baris (sebelum anak mula bosan)

4. Beritahu target kita
Saya beritahu mereka yang saya mahu mereka pandai membaca jika ada huruf jawi atau ayat didalam Al-Quran
Sama seperti mereka pandai membaca rumi
Niat kita – mahu mereka berilmu
Dan beritahu cerita inspirasi seperti semua orang di Makkah bercakap bahasa Arab
Begitu juga orang di syurga dan Nabi terdahulu
Mereka pasti teruja mahu mempelajari satu skil baru untuk diri mereka sendiri

5. Guru yang membantu
Sebaiknya jika ada guru agama yang datang ke rumah
Adalah lebih baik dengan bacaan yang lebih tepat
Saya belajar bersama sama dengan kit bantuan mengajar Al-Quran
Ianya sangat membantu saya sendiri sebagai ‘teacher’

6. Bersabar dan tidak marah marah
Betul, kita mahukan generasi yang berilmu dan berdisiplin
Tapi dalam setiap yang kita lakukan pasti ada pengajaran yang boleh diambil
Pelajaran ialah belajar menghormati buku
Tidak duduk diatas buku sudah memadai bagi kami seisi keluarga .

7. Biasakan memuji
Sudahkah anda memuji seseorang hari ini?
Jika belum, mulakan dengan memuji anak dihadapannya
Seperti “Pandainya ALYA tak koyak buku” atau “Mommy gembira sangat sebab ALYA dah pandai baca Alif Ba Ta..lepas ni jika dapat baca muka surat sebelah, mesti mommy laaaaagi happy”
Tersenyum senyum sikecil anda sebab pujian itu memang untuk mereka!

Insya Allah jika kita sabar dan senyum
Lebih cepat ilmu itu sampai
Lebih comel mommy kelihatan dimata anak.

Jumaat, 27 September 2013

ADAB PERTUTURAN BUAT ANAK



1. Biasakan bersuara rendah
Anak yang biasa mendengar ibu bapanya bertutur dengan suara yang rendah dan lembut akan lebih berkemungkinan memperoleh watak yang lembut da mulia. Ia tidak mudah berkasar dengan rakan-rakannya dan orang-orang lain. Al-Quran juga ada mengingatkan bahawa bercakap dengan suara yang tinggi adalah seperti 'seekor keldai'.

2. Bercakap dengan Mata-Temu-Mata(MTM)
Hubungan MTM ini memberi anak kecil keyakinan bahawa ibu ayahnya memberi tumpuan kepadanya dan menyayanginya. Ibu ayah yang mengamalkan MTM akan cepat memahami betapa pentingnya hubungan konsentrasi sebagai asas pendidikan & pembangunan anak-anak. Dengan cara MTM ibu bapa akan membiasakan anak-anaknya mudah memberi tumpuan sepenuhnya setiap kali mereka bercakap, belajar atau berfikir.

3. Bercakap secara positif, optimis dan meransang
Adab ketiga ini ada kaitannya dengan pembinaan asas-asas kemanusiaan dan ketauhidan. Dengan menggunakan bahasa dan nada yang lembut ibu bapa akan membina suasana tenteram dan mulia. Ibu bapa boleh menyatakan aspek-aspek keagungan, kekaguman tentang benda-benda seperti hujan, air, kesihatan, bulan, ikan dan sebagainya yang memberi tanda kebesaran Tuhan.

4. Adab memuji Allah swt
Setelah anak dapat memerhatikan keindahan dan kesempurnaan sesuatu perkara serta berpandangan positif atas setiap kejadian, maka perasaan syukur dan pujian harus dihadapkan kepada Allah SWT yang menjadikan makhlukNya. Antara latihan ialah mengucapkan Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar dan seumpamanya.

5. Adab silaturrahim
Adab silaturrahim sangatlah penting kerana anak yang cerdik harus juga menjadi anak yang mulia. Ibu bapa harus menunjukkan teladan yang baik iaitu sentiasa buat baik dengan orang, suka menolong, ghairah dalam kerja kebajikan dan kemasyarakatan akan mencorakkan anak sedemikian juga. Anak-anak kecil yang membesar dalam suasana yang kaya dengan penghayatan itu akan lebih berkemungkinan untuk membina budaya silaturrahim dan menjadi orag-orang yang disayangi dan dihormati oleh orang lain.


Sumber

Khamis, 26 September 2013

PERBUALAN SEORANG BAYI SEBELUM KELAHIRANNYA

Adalah dikisahkan… pada ketika seorang bayi akan dilahirkan ke dunia.

* Bayi itu bertanya kepada Tuhan : “Para malaikat di sini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya ke dunia, tetapi bagaimana cara saya hidup di sana? Saya begitu kecil dan lemah.”

Tuhan menjawab: “Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Dia akan menjaga dan mengasihimu dengan sepenuh hatinya.”

* Bayi bertanya lagi: “Tetapi disini, didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa… Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia.”

Tuhan menjawab: “Malaikat mu nanti akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia di sana”

* Bayi bertanya lagi: “Bagaimana mungkin saya dapat memahami orang-orang bercakap dengan saya sedangkan saya tidak memahami bahasa mereka?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar. Dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara untuk berkata-kata.”

* Bayi bertanya lagi: “Apakah yang boleh saya lakukan ketika saya ingin berbicara kepadaMu?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa dan bermunajat kepadaKu.”

* Bayi bertanya lagi:”Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya nanti?”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu lah yang akan melindungimu, walaupun mungkin jiwa dan raga terpaksa dikorbankannya.’

* Bayi bertanya lagi: “Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak lagi dapat melihatMu lagi.”

Tuhan menjawab: “Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku dan akan mengajarkan bagaimana kamu nanti akan kembali juga kepadaKu, walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa disisimu.”

Pada saat itu, Syurga begitu tenang dan hening sehingga suara dari Bumi dapat jelas kedengaran.

* Dan sang bayi bertanya perlahan : “Tuhan, jika saya terpaksa pergi sekarang ini, bolehkah Kamu khabarkan kepadaku nama malaikat yang Kamu maksudkan itu?”

Tuhan menjawab: “Kamu akan memanggil malaikatmu itu sebagai “IBU”. Maka ingatlah, sentiasa kamu berkasih sayang dengannya dan menghargai setiap pengorbanan ibu mu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa. Dialah satu-satunya harta mu yang tiada galang gantinya, dunia mahupun akhirat.”

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak mu yang sedang membesar. Sesungguh nya Syurga itu dibawah telapak kakimu.

*****************************************
Dari Abu Hurayrah r.a., bahwasanya Rasulullah SAW. bersabda maksudnya : “Berfirman Allah Ta’ala: 'Apabila Aku menimpakan bala ke atas hamba-Ku yang mukmin, lalu ia bersabar (atas penderitaan itu), tiada ia mengadu atau mengeluh kepada pengunjung-pengunjungnya, nescaya akan Aku lepaskan dia dari tahanan-Ku (penderitaan itu), kemudian Aku tukarkan dagingnya dengan daging yang lebih baik, dan darahnya dengan darah yang lebih baik, sehingga ia dapat bekerja semula (yakni: setelah semua dosa dan kesalahan yang lalu Allah ampunkan semuanya)'.”
(Hadis riwayat Hakim)

Rabu, 25 September 2013

Bila Bayi Menangis

Bunyi tangisan bayi berbeza-beza mengikut mood dan keadaan bayi dan kadang-kadang, sebab tangisan sukar dikenalpasti walaupun oleh ibubapa sendiri. Jika bayi menangis ketika anda sedang menjaganya, cuba semak kemungkinannya dari senarai berikut:

Bayi mungkin lapar, sila semak masa susu terakhir?

Bayi mungkin tidak selesa disebabkan lampin basah- tukar lampin dengan yang baru.

Bayi mungkin colik, sakit perut disebabkan oleh angin.

Bayi mungkin merasa terlalu panas atau terlalu sejuk, cuba rasa suhu dibelakang bayi. Alihkan kepada tempat sesuai.

Bayi mungkin kesunyian dan inginkan teman, hiburkan dan gembirakan dia.

Bayi mungkin keletihan tetapi tidak dapat tidur. Tenangkan bayi dengan membuai atau memberikan muzik ringan. Ia memudahkan bayi tidur dengan nyenyak.

Cara gembirakan bayi

Jika bayi masih lagi menangis cubalah lakukan perkara yang boleh menghiburkannya seperti:
Berikan kepadanya benda untuk dilihat. Bayi suka melihat benda yang berwarna cerah, berwarna warni, dan bergerak gerak, serta muka manusia.

Berikan bunyi-bunyian untuk didengar. Bayi gemarkan bunyi muzik dan irama kadangkala menggerak-gerakkan tangan serta kakinya mengikut rentak bunyi. Mereka juga suka mendengar suara orang terutama suara ibu dan ayahnya. Bercakap-cakaplah dengan bayi walaupun kamu rasa dia tidak faham.

Pegang dan peluk bayi. Bayi suka dirinya dipegang. Ketika mengangkat atau meletakkan bayi, sokong lehernya dengan sebelah tangan dan punggungnya dengan tangan yang satu lagi.

Sentiasa berhati-hati agar memberi sokongan kepada bayi kerana bayi tidak boleh menyokong kepala sendiri sehingga berusia 2 bulan.

Selasa, 24 September 2013

30 Sebab Sayang Bayi

Kasih sayang adalah naluri yang ada pada setiap insan yang bergelar manusia. Begitu juga dengan kehadiran bayi yang menjadi kesayangan buat mereka yang bergelar ibu bapa. Sudah tentu, detik-detik manis bersama bayi adalah sesuatu yang mengembirakan. Kami menyediakan 60 sebab anda sayang kepada bayi.

1.Bayi anda kelihatan sungguh comel apabila memakai baju yang cantik dan baru.

2.Bayi dan anda bermain di bilik sendirian dalam suasana yang nyaman.

3.Anda menyanyikan lagu tepok amai-amai sambil memegang tangannya.

4.Bayi menujukkan riak wajah gembira apabila mendengar suara nyanyian anda walaupun agak sumbang.

5.Seharian anda gembira apabila melihat bayi anda tersenyum buat kali pertama.

6.Anda dapat menghabiskan masa bersama bayi anda sambil menonton rancangan televisyen kegemaran anda.

7.Bayi anda tidak kisah apa jua permainan yang diberikan kepadanya. Bayi anda sentiasa menunjukkan rasa gembirannya walaupun hanya diberi permainan kotak kecil sahaja.

8.Anda boleh lakukan apa sahaja dengan bayi anda seperti menari sambil mendukungnya. Pastinya bayi seronok dengan gerakan ke kanan dan ke kiri.

9.Bayi akan sentiasa tersenyum apabila melihat wajah anda. Ia pengubat duka anda.

10.Anda bukan supermodel yang cantik dan menawan, tetapi bayi tetap suka melihat wajah anda siang dan malam.

11.Anda tetap hebat di hati bayi anda!

12.Rambut bayi lembut membuatkan anda suka membelainya.

13.Kasih sayang yang ditunjukkan oleh bayi adalah yang sebenar, tulus, dan murni.

14.Wajah bayi yang begitu suci membuatkan anda suka menatapnya setiap masa.

15.Badan bayi yang gebu membuatkan anda suka menyentuhnya bila-bila masa.

16.Bayi menjerit kegembiraan apabila melihat kelibat anda.

17.Tangisan bayi akan berhenti apabila anda dekat kepadanya.

18.Anda seronok berbual dengannya walaupun bayi belum faham apa yang anda ucapkan.

19.Bayi membuatkan anda merasakan dunia ini aman dan damai.

20.Ciuman anda akan membuatkan bayi tersenyum dan ketawa.

21.Sekali-sekala anda akan mengeletek badan bayi dan bayi akan menunjukkan aksi geli. Sungguh lucu sekali!

22.Bayi bertepuk tangan dan ketawa apabila melihat anda melangkah masuk ke dalam bilik.

23.Bayi seronok apabila anda mendukungnya.

24.Juga siapa lagi akan membuatkan anda bangun dengan penuh bersemangat waktu pagi. Pastinya bayi comel anda!

25.Bayi anda tersenyum semasa tidur, membuatkan anda merasakan bayi sangat gembira dengan kehidupannya.

26.Anda sanggup menghabiskan masa yang lama untuk melihat bayi anda tidur yang membuatkan anda merasa gembira bergelar ibu atau bapa.

27.Pelbagai jenama pakaian dipasaran yang menawan hati anda untuk digayakan oleh bayi anda.

28.Jika anda sedang bersedih, bayilah ‘pengubat’ hanya dengan melihat wajah bayi yang comel ini.

29.Sekarang masa anda banyak bersama bayi. Sungguh menyeronokkan!

30.Sungguh bahagia selepas 30 minit melihat bayi anda menyusu badan. (Penyusuan susu ibu seelokkan dilakukan antara 15 hingga 20 minit untuk setiap payu dara kanan dan kiri.)

Isnin, 23 September 2013

Nasihat Untuk Isteri Solehah

NASIHAT KITA BERSAMA 

Oleh Ustz Ebit Lew
24 August

Nasihat buat isteri wanita pejuang agama. Baca dan Fahamilah kerana wanita pernah mendapat salam dari Allah sendiri yakni Khadijah RA. 

Khadijah sangat kaya tapi dia mencintai Allah dan Rasul yakni suaminya sendiri sehingga ketika hendak pejamkan mata dari dunia tiada apa yang tinggal melainkan baju yang bertampal. kata Syeikh Tariq Jamil tidak kurang dari 200 tampal.

Ya Allah, Allah, Allah, begitu sekali tapi bila Rasulullah menangis melihatnya kerana pengorbanannya yang tidak terkira, jawabnya, saya belum korban lagi,sekiranya boleh gunakanlah tulang-tulang saya untuk jihad dan perjuangan agama. Ketika itu Allah sampaikan salam padanya.

Seluruh diri dan harta untuk hidupkan Islam dan bantu perjuangan agama tapi masih manis mulutnya menyebabkan Allah sayang padanya.

Wahai isteri bantulah suami dalam perjuangan agama. Galakkan suami dan didik anak-anak untuk berjuang untuk agama. Pesanlah pada anakmu, Wahai anakku, Islam ini lebih mahal dari nyawa kamu dan ibu kamu. Perjuangkanlah Islam ini. Sediakan wanita-wanita lain untuk perjuangan ini. Korbankan perasaan kamu untuk bawa manusia dekat dengan Allah.

Senyuman isteri dikala kesusahan dan penderitaan datang, dan suami berjuang untuk agama sangat menggembirakan Allah dan menguatkan kaki suami untuk berjuang dengan kehendak Allah.

Orang dulu jika mereka pergi berjuang, mungkin mereka tidak pulang. Maafkanlah dan gembiralah jika suami balik lambat masjid kerana dakwah atau menuntut ilmu.

Jangan bermasam muka yer. Kerana seorang suami sangat gembira bila melihat isteri gembira dan tersenyum. Jadilah seperti Siti Hajar yang dtinggalkan belasan tahun di padang pasir tanpa sumber kehidupan menyembunyikan air matanya dari suaminya. Ketika suaminya pulang setelah 4 tahun, dia layan suaminya dengan baik dan tiada satu pun rungutan. Sorokkan tangisan dan air mata di bawah kaki unta.

Suami kamu mungkin tidak faham kesusahan kamu, tapi Allah sedang nilai setiap kesusahan kamu. Setiap peluh, tangisan, letih, sakit badan, sakit kepala semuanya telah diberi pahala yang sangat besar.

Wahai isteri, suami sentiasa ingin kamu mendapat apa yang kamu nak. Hiduplah sederhana dan rendahkan pandangan dari perhiasan dunia. Walaupun hanya menyebut sesuatu yang dimiliki orang lain yang suami kamu tidak mampu sudah cukup membuat suami kamu sibuk dunia untuk memenuhkan apa yang kamu nak sehingga mengabaikan agama.

Maafkanlah kekurangan mereka kerana dunia ini bukan tempat tinggal kita.Syurga tempat tinggal kita yang sebenarnya.

Jagalah solat awal waktu. Walau apapun terjadi. Siapkan suami dan anak lelaki ke masjid.

Jagalah aurat kerana Allah. Jaga aurat bukan kerana kita baik. Tapi ia perintah Allah. Apalah makna cantik jika kita dibenci oleh Allah. Biarlah dunia ini nak kata apapun, janji Allah sayang kita.

Anak ialah harta paling berharga. Didik mereka dengan iman dan sediakan mereka jadi Daie. Hidupkan rumah dengan amalan dakwah dan bacaan hadis. Nikmat sangat bila rumah setiap hari wujud suasana ilmu. Lebih nikmat dari segalanya. Rasa macam dalam syurga walaupun mungkin rumah pondok buruk dan tiada aircond dan kipas seperti rumah Nabi saw

Janganlah korbankan anak kita dengan beri sepenuhnya pada orang lain. Anak itulah asbab dunia ini akan berubah. Dunia ini akan datang pada Islam. Kebaikan dan jutaan hidayat melalui mereka. Mereka akan pegang panji Islam di dunia dan di akhirat dengan ribuan orang dibelakang mereka. Janganlah pertaruhkan anak kita kepada orang lain. Berilah masa didik mereka. Terbaik jadilah suri rumah sepenuh masa jika berpeluang.

Takpelah dunia ini kita kurang sikit. Syurga semakin dekat. Dunia ini sekejap sahaja.

Layanlah suami dengan baik. Tawan hati mereka supaya suami gembira supaya suami boleh beri tumpuan speenuhnya kepada dakwah dan menghidupkan agama.

Janganlah habiskan air mata di depan tv, untuk dunia. Tapi gunakanlah air mata untuk Redha Allah. Untuk umat. Untuk umat selamat dari neraka.

Wahai isteri solehah, kamulah harta paling bernilai. Seluruh dunia ini tidak boleh ganti tempat kamu. Untuk isteri seperti kamu. Tiada ucapan melainkan pasti hanya Redha Allah dan Syurga.


SUMBER

Ahad, 22 September 2013

PERKARA YANG BOLEH MEROSAKKAN PERNIKAHAN



A. Suami :
1. Suami tidak menjadi pemimpin dengan baik akibatnya saling melukai.
2. Suami gagal menjadikan isteri no satu dalam hidupnya.
3. Suami suka membandingkan isteri dengan wanita lain.
4. Suami kurang kontrol emosi
5. Suami gagal memuji hal-hal kecil yang dilakukan Isteri.
6. Suami tidak terima pendapat Isteri.
7. Suami tidak pernah minta maaf ketika berbuat salah.

B. Isteri :
1. Isteri tidak menghargai Suami sebagai ketua rumah tangga.
2. Isteri gagal menundukkan diri kepada Suami.
3. Isteri gagal menampilkan sopan santun
4. Isteri gagal menunjukan rasa syukur kepada Suami.
5. Isteri suka membantah ucapan suami.

C. keperluan seorang Suami :
1. Nafkah batin (tempat tidur).
2. Isteri sebagai sahabat.
3. Rumah yang bersih dan rapi.
4. Isteri yang sentiasa senyum.
5. Saling menghargai.

D. Keperluan seorang Isteri :
1. Kasih sayang dan dihargai.
2. Diajak berbincang di waktu kusut.
3. Jujur dan terbuka serta setia.
4. Dicukupkan keperluan sehari-harinya.
5. Komitmen terhadap keluarga.

Ingat..Ketua keluarga yang berjaya dalam mengurus keluarga maka kejayaan yang lain akan mengikuti.Ketua keluarga yang gagal dalam keluarga maka kegagalan yang lain pun akan mengikuti.

Kebahagiaan pernikahan memerlukan perjuangan yang tidak kenal lelah,dan memerlukan kehadiran dan pertolongan Allah.

Berbahagialah mereka yang benar-benar menikmati hidup rumah tangga yang aman dan damai,meskipun itu harus diperoleh dengan cucuran air mata.

Belaian tangan suami adalah ibarat emas bagi isteri.
Senyum manis sang isteri adalah permata bagi suami.
Kesetiaan suami adalah mahkota bagi isteri.
Keceriaan isteri adalah ibarat permata di hati suami.

Perbaikilah apa yang perlu diperbaiki sekarang sebelum terlambat.
Cintailah pasangan yang telah dipilih-Nya untuk hidupmu.

Bagi yang belum Menikah..Semoga ini boleh menjadi bekal kelak
Semoga kita boleh menjadi Suami Soleh dan Isteri Solehah.

Aamiin ya Rabbal'alamin..

Sabtu, 21 September 2013

Adab Menyambut Kelahiran Bayi Menurut Islam



1) Melakukan sujud syukur sebagai tanda kesyukuran.suami boleh lakukan di mana sahaja dia berada ketika itu. Ia elok di lakukan sebaik saja anak keluar dari rahim ibu. Perbanyakkan bacaan zikrullah.(tasbih,takbir,tahmid)

2) Sunat diazankan di telinga bayi supaya kalimat seruan tentang kebesaran Allah menjadi seruan pertama yang di dengar oleh bayi.

3) Memohon doa keselamatan untuk anak sepaya dijauhkan dari gangguan syaitan.Jangan sesekali melakukan amalan meletakan gunting,paku dan sebagainya lagi d bawah bantal bayi bertujuan menghalau syaitan atau sebarang gangguan iblis. Ia boleh jatuh syirik kerana ia perbuatan khurafat.

4) Sunat memberikan ucapan tahniah kepada ibu bapa yang baharu sahaja mendapat anak.disarankan mereka yang berkunjung melawat bayi menghulurkan buah tangan seperti hadiah,wang dan sebagainya kepada ibu bapa tersebut.

5) Tanam uri segera kerana ia adalah benda kotor dan najis.Uri trsebut tidak perlu dbersihkan seperti yang dilakukan oleh sesetengah masyarakat yg membersihkan uri dengan garam dan asam. Sebaiknya bungkus terus dan segera di tanam.Jangan percayakepada amalan sesat yang menanam uri bersama objek lain seperti pensil,buku,paku kerana percaya memberi nasib yg baik kepada bayi. Amalan itu boleh merosakkan akidah.

6) Sunat menamakan anak yang baru lahir dengan nama yang elok dan membawa makna baik kerana nama itu yg akan dipanggil di hari akhirat kelak.nabi menyuruh ibu bapa memberi nama anak pada hari ke-7 atau secepat yang boleh.

7) Sunat melakukan tahnik atau belah mulut bayi baru lahir. Tahnik ialah mengunyah buah kurma dan dletakkan sedikit rasanya di dalam mulut bayi.Tahnik brtujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan mempunyai lidah yg fasih dan terkawal lidahnya daripada menyebut perkara-perkara yang tidak berfaedah dan mendatangkan maksiat.

8 ) Sunat membuat aqiqah

9) Mencukur jambul atau rambut anak yang baru lahir. Menggunting sedikit rambut bayi pada hari ke tujuh adalah sunat. Menggunakan buah kelapa dan segala campuran seperti garam,beras dan bunga semasa mencukur rambut anak tidak dbenarkan kerana amalan ini di ambil daripada budaya Hindu.

10) Mengkhatankan anak.hadis daripada al-Baihaqi menyebut Rasulullah bukan hanya menyembelih kambing tetapi turut mengkhatankan bayi baharu lahir pada hari ketujuh. Perkara ini menjadi sunat bagi kaum perempuan. Bagi perempuan tidak perlu sebab Imam Syaukawi sebut tidak ada dalil yang sahih tentang wajib berkhatan bg perempuan.

 
Sumber
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...