Isnin, 28 Januari 2013

Ceteknya & Kurangnya Ilmu Rumahtangga Punca Bercerai

Jika anda fikirkan, sejak dari bangku sekolah lagi anda telah dididik untuk membaca, menulis dan mengira. Sehinggalah ke peringkat kolej dan universiti anda diajar untuk menempuh alam pekerjaan tak kira di sektor awam ataupun swasta.

Tetapi pernahkah anda terfikir bahawa selama ini anda memang tidak pernah diajar dan diberi panduan secara jelas bagaimana menjalani kehidupan berumahtangga?

Pernahkah anda diberi bimbingan ketika di unversiti bagaimana untuk anda mengendalikan konflik atau pergeseran rumahtangga?

Jika anda masih belum melangkah ke alam rumahtangga, anda kini beruntung kerana anda masih boleh mencari ilmu-ilmu ini bagi persediaan anda sebelum berkahwin.

Bagi yang sudah berkahwin juga sebenarnya ianya masih belum terlambat lagi. Anda perlulah ambil tindakan segera melengkapkan diri anda dan pasangan anda dengan ilmu-ilmu berkaitan alam rumahtangga. Terutama sekali berkaitan dengan soal agama.

Banyak kes perceraian rumahtangga yang berlaku disebabkan oleh ceteknya ilmu dan tiada kemahiran untuk mengendalikan konflik hubungan rumahtangga secara berkesan.

Dengan adanya ilmu yang betul, anda mampu berfikir dan mengambil langkah-langkah tindakan yang betul dalam menyelesaikan sesuatu konflik rumahtangga.

Salah-satu ilmu penting yang harus anda ketahui dalam perkahwinan ialah apakah yang menjadi punca berlakunya perceraian.

Dengan mengetahui punca-punca tersebut secara lebih mendalam, anda mampu mengelakkan diri anda dan pasangan daripada terjebak dengan punca-punca tersebut sepanjang anda melayari bahtera perkahwinan anda.

Kini terdapat satu panduan lengkap dalam bentuk ebook yang mengupas persoalan tersebut secara terperinci. Ianya ialah ebook “99 Punca Perceraian”. Klik sini untuk melihatnya <link afiiliate>.

Saya kira anda WAJIB jadikan ebook ini sebagai salah-satu sumber rujukan anda dalam memberi bimbingan dan panduan ke arah kebahagiaan rumahtangga anda hingga akhir hayat.

Klik sini untuk ke laman ebook “99 Punca Perceraian” tersebut. http://tinyurl.com/puncacerai1



Ahad, 27 Januari 2013

Mitos Tentang Madu

Mitos: Permukaan madu mempunyai buih-buih halus.
Sebab: Madu yang tidak diproses dengan baik akan menyebabkan berlaku proses penapaian dalam madu tersebut. Ini maksudnya madu itu sudah rosak.

Mitos: Rendamkan kayu mancis atau surat khabar dalam madu tersebut dan nyalakan api. Jika terbakar, ia madu asli.
Sebab: Setiap madu mempunyai kadar peratusan moisture. Berlainan madu berlainan kadar moisture. Ini menyebabkan sesetengah madu asli tidak dapat dibuktikan dengan kaedah ini.

Mitos: Madu asli tidak dikerumuni/dihurung semut, tetapi madu tiruan yang bercampur gula akan dikerumuni/dihurung semut.
Sebab: Komponen teras madu adalah gula. Tidak mustahil semut menghurungi madu.

Mitos: Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu. Madu asli akan menyebabkan isi telur masak, tetapi tidak bagi madu tiruan
Sebab: Pelbagai bendasing boleh dicampurkan bersama madu. Antaranya air kapur, yang boleh ‘memanaskan’ madu.

Mitos: Jika madu berada dalam botol, apabila penutup botol dibuka, madu asli akan meletup mengeluarkan bunyi “ pop “
Sebab: Semua madu asli mampu mengeluarkan bunyi “pop” kerana di dalam madu terdapat partikel udara yang kecil. Namun ini tidak boleh djadikan asas pembuktian kerana madu tiruan yang dicampurkan dgn bahan asing seperti serbuk kayu manis dan air kapur juga mampu menghasilkan bunyi yang sama. 


Sabtu, 26 Januari 2013

Fakta Mengenai Madu

Madu dalam botol yang terbalik akan turun dengan cepat kerana ringan dan madu akan turun tanpa putus kerana kelikatannya.
Sebab: Ketumpatan, kepekatan dan kelikatan madu asli adalah tinggi.

Madu tidak beku jika disimpan di dalam penyejukbeku.
Sebab: Madu yg berkualiti mempunyai kandungan air yang sangat sedikit. Madu asli tidak akan beku dan bertukar menjadi gel.

Jika dititiskan di atas tapak tangan, madu akan membulat (tidak meleper) walaupun sedikit.
Sebab: Kandungan air dan kelikatan madu asli membuat madu tidak menyerap atau meresap.

Madu yang mempunyai tarikh luput merupakan madu tiruan/proses
Sebab: Madu asli tidak mempunyai tarikh luput. Madu mampu bertahan beribu tahun lamanya.



Jumaat, 25 Januari 2013

Khasiat Madu

Selain daripada mampu mencegah penyakit-penyakit yang dinyatakan sebelum ini, madu Acacia Mangium juga memiliki pelbagai jenis khasiat-khasiat seperti berikut:

1. Menambahkan stamina
2. Menjadi sumber tenaga
3. Meningkatkan metabolisme tubuh
4. Mengandungi agen antioksidan yang tinggi
5. Melancarkan peredaran darah
6. Mengurangkan kadar kolesterol dalam darah
7. Melancarkan sistem pencernaan
8. Meningkatkan semangat seksual / tenaga batin
9. Mengubati luka
10. Menjadikan kulit lebih licin dan halus

Antara keunikan lain bagi madu Acacia Mangium ini adalah:

1. Rasanya sangat manis dan boleh dimakan begitu sahaja atau dengan roti dan dicampurkan dalam berbagai resipi masakan.
2. Sangat digemari oleh kanak-kanak.
3. Pengganti gula bagi pesakit diabetes.


Khamis, 24 Januari 2013

Madu Sebagai Pencegah Penyakit

Untuk memudahkan pembacaan dan pemahaman anda mengenai kelebihan dan khasiat madu Acacia Mangium, berikut dirumuskan antara penyakit-penyakit yang dapat dicegah dengan mengamalkan  pemakanan madu Acacia Mangium:

1. Asma
2. Haid tidak teratur
3. Resdung
4. Alahan
5. Jerawat
6. Rambut gugur
7. Barah
8. Letih & Lesu
9. Sakit kepala
10. Buasir
11. Lendir kahak
12. Sakit pinggang
13. Batuk kering
14. Lemah jantung
15. Sakit sendi
16. Batuk
17. Sakit mata
18. Sukar tidur
19. Darah tinggi
20. Pening
21. Gastrik

Pencegahan penyakit-penyakit seperti di atas dapat dilakukan dengan mengamalkan pemakanan madu Acacia Mangium ini dengan kaedah yang betul iaitu meminumnya dua sudu besar/sudu makan sebelum tidur dan dua sudu besar/sudu makan selepas bangun dari tidur. Pengambilan madu Acacia Mangium ini perlu menggunakan sudu kayu atau plastik. Tidak digalakkan menggunakan sudu besi (stainless steel) kerana ia akan mengoksidakan beberapa komponen utama dalam madu Acacia Mangium.


Rabu, 23 Januari 2013

Khasiat Madu Acacia

Berikut merupakan beberapa bukti dan hasil kajian yang telah diperolehi menerusi kajian yang dibuat oleh pakar:

Kajian kami membuktikan madu Acacia Mangium boleh meningkatkan prestasi sukan
-Dr. Ooi Foong Kiew, Unit Sains Sukan, USM Kubang Kerian.

Kajian sampel madu Acacia Mangium menunjukkan ianya madu Acacia Mangium asli Malaysia
-Professor Dr. Kamaruddin Mohd. Yusoff, Jabatan Perubatan Molekul, UM

Dengan mengamalkan madu ini secara konsisten,ia boleh mencegah kanser pundi kencing di kalangan kaum lelaki..
-Institute Of Clinical Medicine, University of Tsukuba, Ibaraki

Pesakit kanser payudara disarankan mengamalkan pemakanan madu kerana terdapat bukti
ianya dapat mengurangkan kesan rawatan radioterapi ke atas kulit pesakit..

-Department of Pharmacoepidemiology and Pharmacotherapy, Netherlands

Madu ini mengandungi banyak kandungan nutrisi seperti anti-mikrobakterial, anti-oksidan, anti-viral, anti-parasit, anti-keradangan, anti-mutagenic, anti-kanser dan agen peningkatan system pertahanan badan.”
-Swiss Bee Research Centre, Agroscope Liebefeld Posieux Research Station ALP, Berne, Switzerland.

Pengambilan madu ini secara berterusan boleh mengurangkan dan membaiki bacaan Low Density Lipoprotein (LDL) sekaligus mengurangkan risiko penyakit jantung
-Department Of Chemistry Of Natural Products, Natural Research Center,Giza,Egypt.

Lagi maklumat tentang madu Acacia di http://tinyurl.com/maduacacia


Selasa, 22 Januari 2013

Petua Pemakanan Madu Acacia Mangium dan Kayu Manis

Kita telah pun mengetahui bahawa madu Acacia Mangium mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Namun, terdapat pelbagai kaedah yang diamalkan khususnya oleh masyarakat dahulu untuk mendapatkan hasil yang paling efektif. Salah satu amalan perubatan yang sering digunakan bersama madu Acacia Mangium adalah KAYU MANIS.

Sebuah majalah berprestij terbitan Kanada, ‘Weekly World News’ terbitan 17 Januari 1995, telah menyenarai penyakit-penyakit yang mampu dipulihkan oleh Madu Acacia Mangium dan Kayu Manis melalui kajian saintis barat seperti berikut:

PENYAKIT JANTUNG:
Madu Acacia Mangium dan serbuk kayu manis dimakan bersama roti (sapuan menggantikan jem) untuk sarapan harian. Ia mengurangkan tahap kolesterol dalam arteri dan mencegah pesakit dari serangan jantung. Bagi mereka yang telah pun mengalami serangan jantung, jika dijadikan amalan harian mereka akan dapat mengelakan dari serangan lain yang akan datang. Pengambilan secara konsisten akan melegakan kesesakan nafas dan menguatkan denyutan jantung. Di Amerika dan Kanada, kebanyakan rumah-rumah jagaan pesakit jantung mengatasi masalah jantung dengan menggunakan kaedah di atas.

KEMANDULAN:
Madu Acacia Mangium digunakan secara meluas di dalam perubatan alternative bagi masalah infertility (kemandulan). Ia mampu memekat dan menyihatkan sperma-sperma lelaki! Amalkan pengambilan Madu Acacia Mangium secara teratur dan konsisten sebanyak dua sudu madu dimakan sebelum tidur. Masalah ini akan selesai.

Bagi wanita yang sukar hamil, disarankan mengambil madu Acacia Mangium bersama serbuk kayu manis bagi menguatkan uterus dan kesihatan ovum.

DIABETES:
Madu Acacia Mangium sememangnya manis. Jika diambil dalam dos yang betul, ia tidak akan memudaratkan pesakit-pesakit kencing manis, bahkan madu Acacia Mangium adalah ubat terbaik! Bagaimana? Pesakit perlu menghentikan penggunaan gula putih (white sugar) dan menggantikannya dengan pengambilan madu Acacia Mangium secara konsisten. Kandungan sukrosa yang rendah merupakan salah satu faktor kesesuaian madu Acacia Mangium untuk pesakit diabetik. Secara saintifiknya, pengambilan madu acacia Mangium secara konsisten dan secara betul mampu menstabilkan bacaan Hemoglobin A1c (HbA1c), sekaligus menstabilkan kandungan gula di dalam darah.

ARTRITIS:
Pesakit artritis boleh mengamalkan secara harian, pagi dan malam, secawan air panas (suam) dengan dua sudu madu Acacia Mangium dan satu sudu teh kecil serbuk kayu manis. Jika diambil secara konsisten dan teratur, penyakit artritis yang kronik dapat dipulihkan. Dalam satu penyelidikan baru-baru ini dijalankan di Copenhagen University, doktor-doktor mendapati bahawa dengan memberikan pesakit-pesakit mereka dengan satu campuran satu sudu besar madu dan setengah sudu teh serbuk kayu manis sebelum sarapan, dalam satu minggu, daripada 200 pesakit yang diberi rawatan, didapati 73 pesakit berasa lega dari kesakitan, dan dalam satu bulan, kebanyakannya semua pesakit yang dirawat pulih sepenuhnya tanpa rasa sakit.

JANGKITAN PUNDI KENCING:
Ambil dua sudu besar serbuk kayu manis dan satu sudu teh madu Acacia Mangium dalam satu gelas air suam dan meminumnya. Ia akan membunuh kuman-kuman dalam pundi kencing (bladder).

KOLESTEROL:
Dua sudu besar madu Acacia Mangium dan tiga sudu serbuk kayu manis dicampurkan ke dalam 16 auns air teh, diberikan kepada individu yang mempunyai paras kolesterol yang tinggi, ianya didapati mengurangkan tahap kolesterol dalam darah sebanyak 10 peratus dalam masa dua minggu. Seperti mana pesakit artritis juga, jika diambil tiga kali satu hari, bagi yang mengalami kolesterol kronik, akan dapat dipulihkan. Menurut maklumat yang diterima dari sebuah Jurnal, pengambilan madu Acacia Mangium tulen secara harian bersama makanan melegakan masalah kolesterol.

SELESEMA:
Bagi yang menderita akibat selesema biasa atau teruk perlu mengambil satu sudu besar madu Acacia  Mangium beserta air suam dengan 1/4 cawan serbuk kayu manis setiap hari untuk tiga hari. Amalan ini akan menyembuhkan kebanyakan batuk kronik dan membersihkan sinus.

PERUT BERMASALAH:

Madu Acacia Mangium dan serbuk kayu manis akan memulihkan sakit perut dan juga mengatasi ulser perut hingga ke umbi.

ANGIN (GAS):
Menurut kajian yang dibuat di India dan Jepun, hasil kajian mendapati bahawa jika madu Acacia Mangium diambil dengan serbuk kayu manis perut akan hilang kembung.

SISTEM IMUN:
Kegunaan harian madu Acacia Mangium dan serbuk kayu manis menguatkan sistem imun dan melindungi badan dari serangan-serangan bakteria dan virus. Ahli-ahli sains telah vitamin vitamin dan zat besi dalam jumlah yang besar di dalam madu Acacia Mangium. Kegunaan secara tetap madu Acacia Mangium akan menguatkan sel-sel darah putih yang berperanan melawan penyakit-penyakit virus dan bakteria.

KETAKCERNAAN:
Serbuk kayu manis dicampur bersama sukatan dua sudu besar madu Acacia Mangium diambil sebelum makan akan melegakan keasidan dan menghadamkan hidangan-hidangan berat.

AWET MUDA:
Teh yang dibuat menggunakan madu Acacia Mangium dan serbuk kayu manis, bila diambil secara tetap akan melambatkan usia tua. Ambil empat sudu madu Acacia Mangium, satu sudu serbuk kayu manis, dan tiga cawan air yang mendidih untuk bancuhan teh. Minum ¼ cawan, tiga atau empat kali satu hari, ia akan mempertingkatkan pertumbuhan tisu kulit baru dan melambatkan penuaan. Mengikut kajian, peratus peluang jangka hayat seseorang itu bertambah.

Tiga sudu besar madu Acacia Mangium dan satu camca teh serbuk kayu manis. Menyapu pes ini pada jerawat sebelum tidur dan membasuh ia keesokan harinya dengan air suam. Kalau dilakukan sebagai amalan harian untuk dua minggu, ia mampu membuang jerawat hingga ke akar.

JANGKITAN KULIT:
Menggunakan madu Acacia Mangium dan serbuk kayu manis pada bahagian-bahagian yang terdedah  kepada ekzema, kurap dan semua jangkitan-jangkitan jenis kulit. Ia mampu menyembuhkan jangkitan kulit tersebut.

MEMBAKAR LEMAK:
Setiap hari pada waktu pagi, satu jam setengah sebelum sarapan semasa perut lapar, dan waktu malam sebelum tidur, minum madu Acacia Mangium dan serbuk kayu manis dengan secawan air suam. Jika sering diamalkan, ia mampu mengurangkan berat walaupun bagi orang yang terlalu gemuk. Dengan meminum campuran ini juga dapat menghalang lemak dari berkumpul dan dapat mengurangkan tahap kolesterol.

Pengambilan madu Acacia Mangium sebelum tidur mampu membakar lemak. Ini kerana pengambilan madu Acacia Mangium sebelum tidur boleh menghalang hati menghasilkan metabolism glukosa yang menghalang metabolism lemak dgn kadar 1:1 (Fruktosa-Glukosa). Kaedah ini dinamakan Hibernation Diet (Diet Hibernasi)

KANSER:
Penyelidikan baru-baru ini di Jepun dan Australia telah mendedahkan barah perut dan tulang telah sembuh dengan jayanya. Pesakit-pesakit menderita akibat jenis kanser ini disarankan setiap hari untuk ambil satu sudu besar madu Acacia Mangium dengan satu sudu teh serbuk kayu manis untuk tiga kali satu hari selama sebulan.

KELETIHAN:
Kajian baru-baru ini telah menunjukkan yang kandungan gula dalam madu Acacia Mangium adalah lebih berguna berbanding menjadi memudaratkan untuk kekuatan badan. Dr Milton, yang telah membuat penyelidikan, mengatakan yang satu sudu besar madu Acacia Mangium dan satu gelas air beserta dengan  serbuk kayu manis, diambil setiap hari pada waktu tengah hari atau pada pukul 3:00 petang akan dapat mengembalikan tahap kecerdasan dan kecergasan badan walaupun sudah melepasi separuh hari.

NAFAS BERBAU BUSUK:
Rakyat Amerika Selatan, perkara pertama pada waktu pagi, berkumur dengan satu sudu teh madu Acacia Mangium dan serbuk kayu manis dicampurkan ke dalam air suam. Hasilnya nafas mereka segar sepanjang hari.

Lagi maklumat lanjut mengenai madu Acacia ni boleh download e-book percuma di http://tinyurl.com/maduacacia


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...