Rabu, 21 Ogos 2013

Ramai yang saya jumpa mengatakan kalau nak kurus jangan makan nasi. Sebenarnya fakta ini salah sama sekali. Tidak ada bukti atau kajian khas yang dilakukan yang mengatakan nasi itu menggemukkan.

Apa yang menyebabkan kita bertambah gemuk adalah disebabkan oleh pertambahan kalori dalam diet seharian kita. Sebagai contoh, jika kita makan nasi melebihi dari keperluan kalori ia akan disimpan kedalam tapak simpanan glukosa di hati. Apabila tapak simpanan ini telah penuh, barulah glukosa (nasi) akan ditukar kepada LEMAK.

Bagaimana cara untuk kita memastikan glukosa lambat disimpan dan seterusnya menghindarkan glukosa ditukar kepada lemak? Caranya adalah dengan memilih makanan yang RENDAH Glisemik Index (G.I).



Makanan yang rendah GI menyebabkan perembesan insulin diperlahankan. Seterusnya glukosa yang ada dalam darah lambat disimpan dalam tapak simpanan glukosa. Akhirnya kurang glukosa yang ditukar kepada lemak.

Apa contoh glukosa yang rendah GI? Antara contoh glukosa yang rendah GI adalah makaroni dan juga pasta. Sangat bagus jika anda dapat amalkan 2 sumber karbohidrat ini. Selain daripada itu, nasi beras berang juga memiliki GI yang rendah.

p/s: Ingin tahu bagaimana cara sebenar untuk membakar lemak dengan BERKESAN? Anda boleh dapatkan disini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...