Rabu, 31 Ogos 2011

Doa untuk mendapatkan kehamilan.

Disini saya nak kongsikan bersama anda beberapa doa yang boleh kita amalkan untuk mudah kita peroleh cahaya mata.

Doa berikut adalah dipetik daripada surah-surah yang terdapat didalam Al-Quran.

(Al-Baqarah : 128)

Maksudnya: “Ya Tuhan kami, jadikanlah kami berdua orang yang tunduk patuh kepadaMU dan (jadikanlah) di antara anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepadaMU.”


(Surah Maryam ayat 4-5)

"Ya Tuhanku, sungguh tulangku sudah lemah dan kepalaku dipenuhi uban, dan aku tidak pernah kecewa bagi berdoa kepadaMu, ya Tuhanku. Dan sungguh, aku khuatir pada keluarga sepeninggalanku dan isteriku seorang yang mandul. Maka anugerahilah aku seorang anak daripada sisi-Mu..."


(Ali-Imran : 38)
Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik. Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa”.


Jadi, selain daripada kita berusaha kita juga perlu memohon agar dipermudahkan untuk kita memperoleh zuriat.

Jangan sesekali kita berputus asa kerana orang yang berputus asa adalah orang yang GAGAL.

Selasa, 30 Ogos 2011

Bosan dengan hubungan intim anda?

Semoga anda sentiasa bahagia di samping insan tersayang.

Adakah anda rasakan hubungan intim anda bersama pasangan tidak 'sehangat' seperti ketika masa mula berkahwin dulu-dulu?

Jika anda sedang atau pernah alami masalah seperti ini, anda tidak boleh pandang ia sebelah mata. Bahaya menanti anda jika tiada sebarang usaha.

Salah-satu cara untuk anda elakkan masalah bosan atau hubungan intim bilik tidur yang dingin adalah anda boleh pelbagaikan posisi ketika bersama pasangan anda.

Dalam kata lain, pelbagaikan posisi seks anda.

Anda tiada idea atau tak tahu posisi berlainan yang boleh anda cuba?

Isnin, 29 Ogos 2011

Anda dalam perancangan nak kahwin tak lama lagi ?

Tahniah saya ucapkan jika anda kini dalam perancangan nak kahwin. Pasti anda sedang menghitung hari untuk disatukan bersama si dia bukan?

Dalam duk menghitung hari tu, anda dah buat persiapan kahwin ker? Anda dah cukup modal? Dah rujuk kat pejabat Agama? Dah attend kursus kahwin? Dah itu? Dah ini?

Yang paling pentingnya anda tahu ker apa yang perlu anda buat dahulu dan dah sediakan checklist untuk buat semua persiapan yang tidak pernah anda buat sebelum ini?

Perkara pertama yang akan anda fikirkan sudah pastinya buat rujukan di majalah, internet, tanya kawan2, tanya mak ayah, tanya saudara mara dan bermacam2 rujukan lagi. Yang pastinya selepas habis semua pertanyaan & rujukan tersebut, anda akan mula faham atau pun jadi keliru dengan pelbagai persiapan yang harus dibuat. Itu belum termasuk bab modal & masa.

Jika anda perlukan:

1) bahan rujukan yang dapat memudahkan lagi urusan persiapan perkahwinan anda;

2) rujukan yang dapat menjimatkan masa anda dari ke hulu & ke hilir tanpa anda ketahui apa yang harus anda buat dahulu;

3) bahan rujukan yang dapat membimbing anda tentang proses & peraturan memohon kebenaran kahwin & borang2 yang perlu diisi;

4) checklist yang akan memudahkan lagi persiapan kahwin anda dari sebelum, semasa & selepas majlis kahwin;

5) adab & persediaan sewaktu merisik, bertunang, malam berinai, nikah, bersanding, majlis resepsi dan selepas majlis resepsi;

6) dan pelbagai lagi persiapan yang anda tidak pernah lakukan sebelum ini.

Jika anda perlukan panduan & penyelesaian mudah untuk semua itu, nasihat saya dapatkan segera bahan rujukan yang mudah dan murah demi mengelakkan anda membuat persiapan yang salah & yang paling penting MEMBAZIR!

Jika anda nak tahu rujukan apa yang saya maksudkan itu, sila rujuk di sini

Nasihat saya, buatlah keputusan yang bijak, agar majlis kahwin anda nanti berjalan dengan lancar tanpa perlu pening kepala & silap dalam membuat persiapan majlis kahwin anda yang hanya sekali dalam seumur hidup anda.

Ahad, 28 Ogos 2011

Kita perlu berubah sebelum anak berubah...

Ada aktiviti yang dirancang hari ini dengan anak-anak tak? Saya tak ada planning yang hebat-hebat. Cuma nak baca buku dengan anak-anak yang baru dibeli daripada seorang kawan saya di UK. Saya beli 7 buah buku yang semuanya interaktif dan berkulit keras, total harga cuma RM59.

Oklah, saya bukan nak cerita pasal buku, saya nak kongsi pembacaan saya tentang pendidikan anak-anak. Ramai yang sudah mula menyedari bahawa ibu bapa sangat mempengaruhi dalam perkembangan dan sikap anak. Ada sekali saya ditanya mengenai sikap anak yang sukar mendengar kata. Umur anak dalam lingkungan 12 tahun. Apa saranan saya adalah, jika kita ingin anak berubah, kita dulu perlu berubah.

Kita ingin anak rajin membaca, sudah tentu kita sendiri perlu rajin membaca.
Kita ingin anak yang berkata baik, sudah tentu kita dahulu perlu menjaga kata-kata kita. Kita inginkan anak-anak berakhlak mulia, sudah tentu kita dulu yang perlu tonjolkan sikap tersebut.

Dan banyak lagi yang perlu kita dahului berbanding anak kita. Mereka sangat terkesan dengan cara hidup ibu bapa mereka. Tidak hairanlah, anak doktor menjadi seorang doktor, anak artis menjadi artis, anak ustaz menjadi ustazah dan lain-lain.

Maka, sudahkah kita bersedia untuk berubah? InsyaAllah, kerana kesedaran itu telah mula tertanam dalam diri kita. Moga perkongsian ini memberi sedikit pencerahan buat kita semua.

Sabtu, 27 Ogos 2011

Akhirnya Baby Saya Pandai Baca

Semenjak Ebook Rahsia Baby Pandai Baca dilancarkan pada 10 Jun lalu, ramai ibu bapa
yg prihatin telah mendapatkan ebook tersebut. Semenjak itulah saya tertunggu-tunggu maklum balas drp ibu2 khususnya tentang perkembangan pengajaran membaca terhadap baby masing2.

Beberapa hari lepas saya telah menerima email dr seorang ibu yg sangat teruja melihat kali pertama babynya dapat membaca. Saya petikkan sedikit kata2 ibu muda ini melalui emailnya:

"Untuk pengetahuan Kak Wan saya rasa syukur sangat sebab puteri saya Nur Sofeya telah boleh membaca even jumlah perkataan masih sedikit. Terima kasih pada Kak Wan kerana membuat promosi sehingga saya menemui sesuatu yang amat bermankna buat saya dan puteri kesayangan saya.

Pada awal perkenalan perkataan memang payah untuk puteri saya menerima aktiviti ini, dia seperti tidak peduli dan enggan melihat perkataan yang ditunjukkan. Namun berkat kesabaran serta nasihat Kak Wan dan mendapat bantuan serta sokongan suami kini anak saya telah boleh membaca beberapa perkataan kegemarannya. Saya banyak mencuba di awal pagi kerana waktu itu mood puteri saya sangat sporting dan dia gemar membelek buku-buku yang saya sediakan, adakalanya saya akan menampal perkataan di dinding atau pintu. Tulisan yang ditunjukkan disertakan bunyi adakala diselitkan gambar dan dia akan ketawa kerana seronok belajar sambil bermain. Sungguh menakjubkan tatkala anak saya boleh memilih perkataan yang diminta...

Even telah melihat banyak bayi lain yang telah boleh membaca, namun melihat puteri kesayangan sendiri boleh membaca satu pengalaman yang amat menakjubkan, sungguh teruja dan sangat bahagia. Wah gembiranya memang berbaloi bersabar (berbalo-baloi) dan saya akan meneruskan sehingga dia begitu gemar membaca perkataan yang saya tulis sendiri".

Begitu ..tulis ibu muda ini kepada saya, saya sangat terharu membacanya. Apa yg menggembirankan saya ialah apa yg saya hasratkan telah dilaksanakan oleh ibu muda ini, iaitu melihat lebih ramai anak2 diberi peluang membaca pada usia masih muda supaya kita dapat mempertingkatkan keupayaan mereka sebaik mungkin juga dapat membantu mempertingkatkan kualiti pendidikan di negara kita,

Saya masih menunggu berita sebegini dari puan2 / tuan2 yang lain pula terutama yg telah mendapatkan Ebook & mempraktikkan kepada anak masing2. Kepada ibu bapa yg belum mendapatkan ebook tersebut ,puan/tuan boleh dapatkan melalui Link di bawah ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...