Saya percaya membina lemak adalah jauh lebih mudah dari membakar lemak. Anda pun mungkin setuju bukan?
Untuk membakar lemak, anda perlukan motivasi, keinginan dan daya fokus yang tinggi serta konsisten.
Tanpa elemen ini, saya pasti anda sukar untuk mengurangkan lemak-lemak yang ada dibadan anda malah ia mungkin akan makin bertambah.
Tapi tak kan kita nak MENGALAH?
Saya dah jumpa ramai orang yang pada mulanya mereka gagal. Namun mereka terus mencuba dan mencuba buat trial & error akhirnya mereka berjaya menurunkan berat badan.
Sebenarnya CABARAN dan KEGAGALAN ini akan menguatkan lagi semangat anda. Ia akan membuatkan anda terus konsisten mengekalkan berat badan anda setelah berjaya kelak.
Oleh itu, saya nak share dengan anda 5 tip simple supaya anda tahu macam mana nak membakar lemak dengan sempurna. Mungkin ada antara anda pernah dengar tips ini, namun tidak mengapa anggap sahaja ulangkaji ya
1) Lakukan senaman bebanan.
- Kebanyakan diantara kita lebih selesa dengan buat latihan kardio spt berjogging sahaja. Tidak salah,
cuma masukkan sekali latihan bebanan dalam jadual aktiviti anda.
Senaman bebanan dapat meransang pembentukkan otot dibahagian atas badan anda (upper body). Otot2 anda dikawasan tersebut akan makin sensitif terhadap insulin dan seterusnya dapat mengelakkan pembentukkan lemak terutama dikawasan 'belly'.
2) Jangan tinggalkan makan nasi
- Nasi penting untuk tenaga segera anda.
Nasi akan ditukar kepada glukosa. Kehadiran glukosa akan menyebabkan insulin dirembeskan. Insulin akan bawa glukosa kepada otot-otot anda. Sebab otot-otot anda perlukan glukosa untuk membuat aktiviti seperti senaman bebanan.
Dan ia tidak dibawa ke sel lemak untuk ditukar kepada lemak. Kerana anda memerlukan glukosa tersebut. Jika tak guna, barulah ia dibawa ke sel lemak.
3) Diet rendah kalori.
- Kenapa perlu sekat selera makan anda? Tahu tak, badan anda berhak untuk makan. Tak takut ke esok2 badan anda akan 'dakwa' anda sebab sekat makanan berlebihan? hihi
Diet mesti memenuhi keperluan kalori seharian anda. Jangan takut makan lebih kalori sedikit sebab anda akan menggunakan kalori tersebut untuk latihan senaman anda.
Cuma makanan yang anda ambil mestilah berkualiti. Bukan makanan merapu seperti jajan atau makanan yang tinggi minyak dan gula. Fokus kepada 'clean food'...
4) Fokus kepada keperluan protein seharian anda.
- Ini jarang orang ambil berat.
Ada antara kita tak tahu pun berapa protein perlu kita ambil sehari. Protein sangat protein untuk kekalkan jisim otot anda.
Jika kurang protein, otot anda akan mengalami katabolisme. Dimana ini adalah proses penguraian otot anda.
Satu konsep yang perlu anda faham adalah, lebih banyak otot maka lebih tinggi metabolisma.
Untuk mengekalkan otot, lebih banyak tenaga diperlukan. Tenaga ini diperolehi daripada pembakaran kalori.
Paling kurang jumlah protein yang perlu anda ambil sehari adalah 0.8 - 1.0 gram protein per kg berat badan anda.
Sebagai contoh, berat badan anda 70kg. Maka protein yang perlu diambil sehari adalah 70 gram.
5) Jangan bertangguh...
- Selalu jumpa orang yang suka bertangguh untuk melakukan sesuatu terhadap kesihatan diri mereka.
Anda perlu ingat, usia kita semakin hari semakin meningkat. Sistem badan kita pun tidak sama seperti tahun lepas. Jika kita tidak mulakan sekarang, semakin susah untuk kita membakar lemak.
Mulakan azam baru, mula dari sekarang. Aktiviti 'scroll' down di facebook tidak menjanjikan anda membakar lemak malah masa anda terbuang begitu sahaja
Sekian saja tips biasa-biasa saya untuk anda yang nak membakar lemak yang lebih-lebih kat badan tu.
Semoga bermanfaat
p/s: Anda serius nak membakar lemak dengan pantas? Anda boleh dapatkan disini Ebook Terkini
Membakar Lemak Dengan Pantas & Berkesan:
Tips, Petua & Cara Alam Perkahwinan
Khamis, 24 Julai 2014
Jumaat, 27 Jun 2014
Minum air buah ketika sahur untuk kekal cergas
MINUM air buah semasa bersahur adalah antara tindakan
yang baik dalam memastikan umat Islam sentiasa bertenaga dan sihat
sepanjang hari pada bulan Ramadan ini, menurut pakar dietetik.
Ketua Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Kuala Lumpur (HKL), Ridzoni Sulaiman berkata dengan meminum air buah-buahan segar, ia dapat mencegah tubuh daripada mengalami dehidrasi pada bulan puasa ini.
Air buah-buahan ini mengandungi pelbagai jenis nutrien seperti vitamin, potasium dan glukosa, dan berperanan sebagai bekalan tenaga di dalam badan, katanya kepada Bernama baru-baru ini.
"Sebenarnya rasa letih, penat dan mengantuk bukannya disebabkan kekurangan makanan tetapi ia adalah disebabkan kuantiti air di dalam badan berada pada tahap rendah.
"Bila berlakunya dehidrasi, tubuh kita kehilangan air serta garam galian seperti sodium, potasium, kalsium, fosfat dan sebagainya, sebab itu air memainkan peranan penting di dalam tubuh kita," tambahnya.
Memandangkan bulan Ramadan kali ini jatuh pada musim Monsun Barat Daya dengan cuaca yang panas dan kering, serta diburuk dengan jerebu yang tidak menentu dan ramalan fenomena El Nino akan melanda Malaysia pada pertengahan tahun ini, maka adalah perlu bagi umat Islam memastikan bekalan air dalam badan sentiasa dijaga.
Ridzoni berkata selain meminum air buah-buahan, orang ramai perlu mengelak daripada meminum kopi ataupun teh pada bulan puasa kerana minuman itu mempunyai kesan deuratik.
Minuman tersebut akan merangsang pengeluaran air kencing, dan akibatnya, badan akan mengalami dehidrasi dan tekak menjadi sangat haus, katanya.
Sementara itu, Pegawai Dietetik Pusat Pengajian Sains Kesihatan Universiti Sains Malaysia (USM), Mohd Hairil Nizam Abdul Hamid turut bersependapat pengambilan air yang mencukupi amat penting dalam menghadapi musim panas ketika berpuasa.
Katanya, kekurangan air ini boleh menyebabkan tubuh menghadapi masalah kerana 70 peratus daripada komposisi tubuh terdiri daripada air.
"Tubuh badan memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air sehari bagi memastikan sel-sel tubuh dapat berfungsi dengan baik.
"Apabila tubuh mengalami dehidrasi masalah utama adalah buah pinggang kerana bila tubuh kekurangan air, buah pinggang akan kecut yang boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang, malah antara perkara lain yang boleh berlaku adalah pening dan pitam," katanya.
Tambah beliau, walaupun pengambilan air yang mencukupi dititikberatkan namun orang ramai turut dinasihat memakan makanan seimbang. - Bernama
Sumber

Isnin, 26 Mei 2014
Tingkatkan lagi pembakaran lemak?
Apabila saya ke gym ramai yang bertanya
macam mana nak maksimumkan pembakaran lemak.
Soalan ini lazimnya ditanya oleh kaum wanita.
Ok, apa yang saya kaji untuk maksimumkan pembakaran lemak ada 2 senaman yang boleh anda lakukan serentak. Iaitu senaman kardio dan senaman bebanan jenis 'freeweight'.
Untuk makluman anda, senaman bebanan inilah yang sering ladies tertinggal nak buat. Mungkin mereka tak tahu cara pelaksanaan ataupun mereka hanya lebih gemar membuat latihan kardio.
Jadi saya telah menulis artikel yang terperinci mengenai senaman bebanan jenis freeweight ini di page Rasmi saya iaitu InfoDiet. Jika anda nak maksimumkan pembakaran lemak, boleh teruskan bacaan di page facebook saya disini== > http://clicks.aweber.com/y/ct/?l=9lGqd&m=3n65lP664jvR1hh&b=7XOUFC1bB88DPXXDdsU2IQ
Anyway, good luck!

Selasa, 11 Februari 2014
Doa pengasih ini tak boleh diamalkan!
Bagaimana hubungan dengan pasangan? Alhamdulillah kalau semuanya ok dan lancar. Jika ada masalah selesaikan dengan segera, saling bertolak ansur, buang ego, dan mohon maaf atas kesilapan dan baiki kelemahan ya. Barulah pasangan akan sayang :)
[+] Apa itu doa pengasih?
-Secara ringkasnya doa pengasih ini adalah doa atau ayat yang diambil dari sumber sumber yang boleh dipercayai seperti al-Quran, selawat, dan doa doa dari para guru yang mana potongan doa doa ini boleh digunakan untuk tujuan kasih sayang.
Al-Quran mempunyai pelbagai fungsi, fungsinya yang utama tentulah sebagai petunjuk untuk orang bertaqwa [al-Baqarah: 2]. Selain dari tu ayat ayatnya juga boleh digunakan untuk menyembuhkan penyakit (syifa’), keselamatan dan pendinding diri, serta untuk berkasih sayang.
[+] Panduan memilih doa/ayat pengasih yang OK dan tak OK
-Sebenarnya banyak sangat ayat yang tak boleh nak diamalkan kerana ada ayat ayat itu boleh membawa kepada syirik, antaranya seperti ini..
“Wahai Iblis, cepatlah kau satukan aku dengan si polan bin si polan tu”
Doa pengasih ini pula saya dapat dari seorang tabib tapi tak nak amal lah sebab walaupun nampak tak berapa syirik tapi ‘semacam’ je..
“Melambai lambai si gading gajah, aku memakai seperti anak Rasulullah”
[+] Doa pengasih yang harus untuk diamalkan perlu memenuhi beberapa kriteria seperti:
-Tidak menyekutukan Allah
-Bukan dibuat dalam bentuk tangkal, seperti tulis kat kertas kemudian pakai kat lengan.
-Tidak menganggap doa doa ni ada power yang boleh memakbulkan permintaan kita.
[+] Siapa yang boleh amalkan doa pengasih?
-Siapa yang nak bahagia boleh cuba amalkan doa ini, asalkan menggunakannya ke jalan yang benar. Ia boleh digunakan sekiranya anda berminat dengan non Muslim, namun mereka sudah tentulah tidak boleh mengamalkannya untuk anda kerna kepercayaan dan aqidah yang berbeza. Mereka tidak beriman kepada
Allah.
[+] Mujarab ker doa pengasih..confirm menjadi kalau saya amal? Ada jaminan 100% berkesan?
-Hoho menarik sungguh soalan ni, ramai yang bertanya saya tentang ini. Meh kita jawab soalan ni dulu
-Sekolah mana yang memberi JAMINAN kita pasti berjaya bila belajar di situ?
-Doktor mana yang memberi JAMINAN kita pasti sembuh bila dirawatnya?
-Pasangan ada beri JAMINAN kita pasti bahagia bila bersamanya?
Tiada yang berani buat begitu kan
Jadi janganlah gitu ya, siapalah saya untuk mengatakan pasti menjadi, jika diizinkan oleh Allah maka jadilah, jika belum berhasil bukan bermakna ayat ni tak power. Setiap yang berlaku adalah dengan kehendak dan iradat Allah jua.
Kita manusia boleh membuat perancangan, selebihnya tawakkal saja pada Allah. Doktor yang terhebat di dunia pun pasti tidak boleh mengclaim pesakitnya pasti sembuh jika dirawat olehnya.
Gitulah serba sikit tentang doa pengasih ini, harap dapat kefahaman.

Cara Menawan Hati Si Dia
Adakah anda rasa anda tak menawan, tak berapa nak kaya, pendidikan tak setinggi menara gading, dan lain lain kekurangan diri?
Adakah dengan memiliki faktor faktor di atas, anda tak layak untuk hidup bahagia seperti orang lain?
Ok, jangan sesekali fikir begitu, tak baik. Setiap dari kita ada kelebihan masing masing. Janganlah asyik nak kritik diri saja.
Ni saya nak kongsi satu rahsia walaupun tanpa faktor di atas anda tetap boleh memiliki pasangan yang bahagia..insyaAllah
Rahsia yang mudah tapi sentiasa dilupakan, atau dipandang enteng, kerana anda mungkin berkata “eleh, ni aku pun tahu”
Rahsia ini jika diamalkan boleh membuatkan si dia tak senang duduk dan terus terusan rindu kepada anda
Iaitu..
Tahukah anda betapa hebatnya kuasa take care, saya dah tengok banyak kes orang jatuh cinta. Ada 1 kes, gadis jatuh cinta pada suami anak 4, nak kata lelaki tu hensem tak juga, cuma apa yang dibuat oleh lelaki adalah selalu sangat take care pada gadis ni.
Kisahnya gini si lelaki kesian tengok perempuan ni datang dari kampung tiada saudara mara, duduk bilik sewa, jadi dia ikhlas hati bantu sikit sikit..hulur RM200 sebulan, ada masa terluang bawa pergi makan dan beli barang keperluan harian. Lelaki ni ikhlas, tiada niat nak tambah cawangan..sebab tu setiap kali nak berjumpa perempuan tu, dia akan bawa isterinya sekali
Nak tahu apa terjadi selepas 6 bulan?
Bapak perempuan ni telefon bagitahu berita gembira bahawa anaknya nak dipinang oleh seorang jejaka kampung sebelah. Namun beliau terkejut bila diberitahu anaknya yang dia dah jatuh cinta sangat pada Saiful, lelaki yang take care dia selama ni, walaupun dia sedar dan tahu lelaki yang caring tu hanya anggap dia adik dan menolongnya dengan ikhlas.
Puas dipujuk dan dilarang, si gadis tetapi jua mencintai jejaka S tu..
Hmmm, nampak tak hebatnya kuasa take care
Isteri saya sendiri bagi amaran keras pada saya jangan sesekali melayan perempuan lebih dari sepatutnya, kerana mereka ni adalah makluk Allah yang mudah kasih pada orang yang melayan mereka dengan baik.
Untuk lelaki yang rasa dia masih single, atau merasakan hubungannya dengan pasangan hambar, sila amal petua ni cepat cepat.
1 petua ni insyaAllah dah cukup untuk anda merasakan NIKMAT kebahagiaan, bagaimana jika anda diberi 30 rahsia lagi

Sentiasalah take care padanya <<

Isnin, 10 Februari 2014
Apakah itu teknik Pembetulan Kalori?
Katakan sekarang ini anda sedang mengikuti diet yang sihat dan menepati target kalori yang ingin diambil.
Namun selang 2 atau 3 hari kemudian anda seolah-olah hilang fokus. Diet anda langsung tak kontrol. Anda makan melebihi keperluan kalori yang sepatutnya.
Apa yang harus anda lakukan jika situasi ini terjadi?
Tidak dinafikan kadang- kadang perkara ini pun terjadi pada anda. Kita ini manusia biasa yang mudah terdorong dengan makanan yang lazat.
Tetapi jangan sampai kita stress akibat diet yang kita rancang tidak menepati apa yang dirangka.
Untuk mengatasi masalah ini, anda gunakan teknik 'pembetulan kalori'...
Contohnya, dalam minggu tersebut 3 hari anda terlebih makan (kalori jadi berlebihan). So untuk mengatasinya anda akan bakar balik kalori yang lebih tadi.
Caranya adalah dengan tingkatkan senaman. Sebagai contoh, biasa anda jog 30minit tapi kali ini anda jog 50 minit.
Selain itu, jika biasanya anda bersukan 3 kali seminggu maka minggu tersebut anda perlu tingkatkan aktiviti ukan kepada 5 kali seminggu.
Jadi jika yang sedang berdiet tu, jangan la stress atau kecewa kerana gagal mengawal nafsu makan. Sebaliknya gunakan teknik pembetulan kalori.

Ahad, 9 Februari 2014
Jangan abaikan senaman bebanan!
Tahukah anda bahawa senaman bebanan (weight training) sangat penting dalam proses untuk menurunkan berat badan?
Ok! Hari ni saya nak kongsi tip menurunkan berat badan dengan senaman bebanan. Diharapkan ia sedikit sebanyak dapat membantu anda untuk merealisasikan impian tubuh idaman anda.
Mungkin ada yang berkata senaman bebanan hanya untuk lelaki yang inginkan badan berketul-ketul.
Itu salah sebenarnya.
Senaman bebanan ini bergantung kepada cara pelaksanaan. Pelaksanaan berlainan akan menghasilkan kesan yang berbeza-beza.
Secara umumnya, bagi wanita atau lelaki yang ingin turunkan berat badan harus membuat senaman bebanan berselang seli dengan senaman kardio.
Untuk makluman anda, senaman kardio banyak membakar kalori daripada glukosa manakala senaman bebanan pula banyak membakar kalori daripada lemak.
Telah banyak kajian yang dijalankan yang membuktikan senaman bebanan dapat membakar lemak dengan pantas serta dapat menurunkan 30% risiko mendapat penyakit kencing manis!
Jadi bagi anda yang inginkan susuk tubuh menawan dan kesihatan berpanjangan, jangan abaikan senaman bebanan yep ;)

Langgan:
Catatan (Atom)