Jumaat, 31 Januari 2014

Caffein bagus untuk bakar lemak?

Disini saya nak share bersama anda beberapa fakta berkaitan caffein...

Caffeine atau kafein adalah bahan aktif yang ada dalam kopi, coffee, coke, pepsi dan juga ada dalam 'energy drink'.

Memang terdapat kajian mengatakan caffeine dapat membantu meningkatkan metabolisma dan seterusnya dapat membakar lemak.

Persoalannya, sejauh manakah kita tahu pasal caffeine ini? Adakah ia selamat?

Atau Kita main minum sahaja. Selamat atau tidak, tak pernah kita ambil tahu.

1) Apa itu caffeine?

- Ia adalah stimulant. Dimana ia meransang otak anda untuk lebih aktif dan lebih fokus.

2) Adakah ia menyebabkan ketagihan?

- Caffeine tidak menyebabkan ketagihan. Ia bukan nikotin yang menyebabkan ketagihan. Jika anda selalu ambil caffeine dalam dose yang tinggi mungkin anda akan alami sakit kepala, pening, sukar untuk fokus jika tidak mengambilnya.

3) Berapakah dose yang selamat untuk caffeine?

- Dose yang selamat untuk caffeine adalah 200mg- 300mg. Iaitu lebih kurang 2-3 cawan coffee sehari.

4) Wanita mengandung boleh ambil caffeine?

- Pakar mengatakan wanita hamil patut kurangkan pengambilan caffeine. Ini kerana pengambilan caffeine yang tinggi boleh menyebabkan keguguran dan kematian janin.

5) Ibu menyusu boleh ambil caffein?

- Caffeine boleh masuk dalam susu ibu. Seterusnya bayi yang menyusu boleh menerima risiko kemasukkan caffein dalam diri baby berkenaan. Kajian mengatakan ianya tidak bahaya namun jika diambil dalam dose yang tinggi akan menyebabkan bayi susah nak tidur dan 'over active'.

6) Berapa kandungan caffeine berada dalam diri kita?

- Dalam masa 5jam kepekatan caffein akan menjadi separuh dari
kepekatan asal. So jika anda mengambil caffeine waktu petang,
malam nanti anda mungkin alami kesukaran untuk tidur.

7) Caffeine boleh diambil bersama panadol?

- Sangat digalakkan. Caffeine boleh menyebabkan penyerapan panadol menjadi lebih cepat kedalam sistem peredaran darah sistemik.

8) Caffeine boleh mencegah kedutan?

- Yup. Banyak produk kosmetik mengandungi caffeine. Beberapa kajian membuktikan caffeine dapat menjadikan kulit menjadi lebih licin dan lembut.

9) Overdose caffeine boleh menyebabkan kematian?

- Ya boleh namun kes berkenaan adalah amat jarang sekali berlaku. Kajian terbaru mengatakan pengambilan caffeine bagi orang dewasa boleh membawa maut dengan mengambil caffein sebanyak 10 gram. 10 gram bersamaan 85 cawan sehari!

Saya harap 9 fakta berkenaan caffeine ini memberi output yang baik terhadap kehidupan anda seharian.


Khamis, 30 Januari 2014

Sudahkah anda berjaya menurunkan berat badan?

Setakat ini anda sudah berjaya atau belum menurunkan berat badan?

Ya! tidak dinafikan program menurunkan berat badan tidak semudah yang disangka. Ia memerlukan motivasi
yang tinggi, ilmu yang betul dan strategi yang berkesan.

Namun pada hari ini saya nak 'share' dengan anda beberapa fakta berkaitan menurunkan berat badan.

Jom ikuti satu per satu:

1) Perlukah kita menimbang selalu berat badan kita?

- Ya! Kajian telah membuktikan bahawa dengan memantau lebih kerap berat badan kita akan 'merangsang' minda dan memberi motivasi untuk menurunkan berat badan. Seeloknya timbang berat seminggu sekali.


2) Adakah saya perlu elakkan dari mengambil lemak untuk
menurunkan berat badan?

- Tidak! Anda perlu mengambil lemak. Lemak penting untuk sintesis hormon. Namun bukan semua lemak anda boleh ambil. Lemak tidak tepu (unsaturated) sahaja dibenarkan. Sebagai contoh, olive oil, fish oil & kekacang.


3) Minum air masak sebanyak mungkin membantu menurunkan berat badan?

- Ya! Namun kajian membuktikan minum air masak satu gelas sebelum sarapan, lunch dan dinner dapat mengurangkan pengambilan kalori sebanyak 30%. Jadi minum air masak dulu sebelum makan. Malah air masak dapat tingkatkan pembakaran lemak dan meningkatkan metabolisma badan.


4) Ok ke makan banyak2 ketika lunch dan ketika dinner tidak makan?

-Tidak boleh. Ia akan menyebabkan pankreas anda bekerja lebih kuat ketika lunch dan meningkatkan tahap kelaparan 'craving' ketika dinner. Malah teknik ini akan menurunkan kadar metabolisma anda.


5) Makan secara perlahan-lahan adakah bagus?

- Ya tepat sekali. Ini kerana badan kita akan terima signal kekenyangan dalam tempoh 15 hingga 20 minit selepas perut kita penuh dengan makanan.


6) Perlu ke saya merancang setiap makanan yang ingin saya ambil?

- Para pengkaji telah berpendapat, seseorang yang merancang plan pemakanannya akan berjaya dalam mengekalkan bentuk badan yang ideal. Perancangan ini telah membantu mereka daripada mengambil snack atau makanan yang merapu-rapu.


7) Adakah diari kalori membantu saya dalam menurunkan berat badan?

- Ya betul! Diari kalori dapat membantu anda mengesan 'lebihan' kalori yang diambil. Selain itu, ia juga dapat menunjukkan 'pattern' atau corak pemakanan kita pada masa lampau. Jadi, masa gemuk anda dapat tahu bagaimana corak pemakanan anda, dan masa kurus pula anda tahu apa yang anda makan.

8) Perlukah saya mengelakkan diri dari makan karbohidrat?

- Tidak perlu kerana anda adalah manusia. Lainlah kalau anda adalah herbivor atau karnivor. Karbohidrat sangat penting sebagai sumber tenaga utama bagi diri anda. Namun kurangkan pengambilan karboidrat ringkas seperti gula, ais krim, coklat dan junk food. Sebaliknya ambillah komplek karbohidrat seperti roti wholegrain dan brown rice.


9) Kerap tidur menyebabkan kegemukkan?

- Tidak! Tidur sebenarnya sangat membantu dalam plan 'weight loss' anda. Kenapa?
Sebab tidur yang cukup dapat membantu anda mengurangkan rasa kelaparan "craving". Lebih banyak anda berjaga, lebih lapar anda rasa.

Kedua dengan tidur yang cukup ia dapat menstabilkan metabolisma dan membantu anda 'cut off' kalori sebanyak 6%. Sebab anda tidak makan ketika tidur!


Cukup la 9 point saya ketengahkan disini berkaitan fakta mengurangkan berat badan khas untuk anda.

Walaupun tidak banyak, saya harap ia sedikit sebanyak dapat
membantu anda mengurangkan berat badan.

Berat badan kurang, risiko penyakit pun kurang.


Rabu, 29 Januari 2014

Metabolisma menyebabkan LEMAK berlebihan?

Hari ini seperti biasa nak 'share knowledge' bersama anda berkenaan metabolisma.

Supaya lepas ini anda tidak lagi tersalah faham mengenai metabolisma. Maklumlah pelbagai 'fakta' mengenai metabolisma dicanang hebatnya di facebook.

Ok, jom kita pergi satu per satu mengenai metabolisma:

1) Sejauh manakah kecekapan badan anda menukar makronutrien kepada tenaga (kalori). Itu adalah metabolisma, proses pembakaran kalori. lelaki mempunyai metabolisma lebih tinggi dari wanita. So lelaki mempunyai keupayan membakar kalori lebih tinggi dari wanita.


2) Proses metabolisma berlaku setiap saat. Walaupun anda sedang tidur. Ini bermakna proses  pembakaran kalori berlaku setiap detik.


3) Sel otot membakar lebih kalori dari sel lemak. 2.2kg otot dapat membakar kalori sebanyak 3kali ganda lebih tinggi dari 2.2kg lemak. Point disini menunjukkan workout dapat membantu anda membakar lebih kalori.


4) Proses metabolisma memerlukan air yang banyak. Kekurangan air akan menyebabkan metabolisma menurun. Kajian menunjukkan seseorang minum 8 gelas air kosong sehari dapat membakar lebih kalori berbanding orang yang minum 4 gelas sehari.


5) Vitamin B Komplek dapat membantu sel meningkatkan metabolisma. Dalamkebanyakkan minuman bertenaga, unsur dalam vitamin B dimasukkan sekali agar ia membantu anda
meningkatkan metabolisma.


6) Kaffein juga dapat meningkatkan metabolisma. Kajian menunjukkan minum satu gelas coffee sebelum workout dapat meningkatkan kekuatan otot dan meningkatkan pembakaran kalori.


7) Makan 4-5 kali sehari dapat mengaktifkan kadar metabolisma diri. 3 makanan utama (breakfast, lunch & dinner) dan masukkan 2 hidangan kecil antara makanan utama.


8) Protein lebih sukar dicernakan berbanding karbohidrat dan lemak. Jadi pengambilan protein yang tinggi dapat meningkatkan metabolisma badan.


9) Elakkan 'crash diet'...crash diet adalah diet yang diambil kurang dari 1000kcal sehari. Ia memang berjaya menurunkan berat badan namun penurunan itu berpunca dari jisim otot. Ia akan menurunkan kadar metabolisma diri anda. Seterusnya anda mudah mengalami peningkatan berat badan kembali jika terlebih mengambil kalori.


10) Cara terbaik meningkatkan metabolisma adalah membuat aktiviti yang membakar kalori. Bina otot dengan workout dan kekalkan kehidupan yang aktif. Lagi banyak pergerakkan anda, lagi tinggi pembakaran kalori diri anda.


Cukuplah 10 fakta berkaitan metabolisma saya share bersama anda pada hari ini.Di lain hari jika ada information terbaru saya akan share lagi.


 

Selasa, 28 Januari 2014

Bagaimana untuk membakar lebih kalori?

Jom kita per satu per satu perkara berkaitan 'pembakaran kalori'.


1) Untuk membakar lebih kalori, pergerakkan harus dipertingkatkan. Ia telah diakui oleh Barry M. Popkin, PhD, University of North Carolina, Chapel Hill.

2) Latihan senaman yang lebih tingg intensitinya, lebih tinggi pembakaran kalori. Ia diakui oleh Christopher Wharton, PhD, Yale University.

3) Bagi golongan obesity, cara terbaik untuk membakar kalori adalah dengan melakukan senaman jalan kaki 10,000 langkah setiap hari. Ia diakui oleh George Bray, MD dari Pennington Biomedical Research Center in Baton Rouge.

4) Sauna tidak membakar kalori yang banyak. Kalori dibakar bertujuan untuk menghasilkan tenaga. Tenaga diperlukan untuk melakukan pergerakkan. Duduk sahaja dalam peti panas sudah tentu tidak membantu pembakaran kalori yang banyak.

5) Pembakaran kalori lebih hebat dengan melakukan latihan bebanan (workout). Pertambahan sel otot pastinya meningkatkan lagi metabolisma diri anda. Ia telah diakui oleh School of Nutrition and Exercise Science at Bastyr University.

6) Caffeine dapat membantu diri anda meningkatkan pembakaran kalori. Ia bertindak dengan meransang kadar metabolisma diri anda. Pengambilan 250mg caffeine sehari dapat meningkatkan
pembakaran kalori sebanyak 10%. Ia diakui oleh amie Pope, MS, RD, LDN, a nutrition lecturer at Vanderbilt University School of Nursing.

7) Berdiri membakar lebih kalori daripada duduk. Berjalan membakar lebih kalori daripada berdiri. Jadi sentiasa pastikan diri anda bergerak kesana kemari. Aktifkan diri anda.

Baiklah , setakat ini dulu 7 fakta yang saya temui berkaitan 'pembakaran kalori'. Next time jika saya
jumpa lagi fakta dan kajian terbaru, saya akan share lagi disini.


----------------------------------------------
 

Berapa keperluan kalori yang anda perlukan sehari?

Ada beberapa orang bertanya kepada saya bagaimana nak tahu berapa banyak kalori yang perlu mereka ambil dalam masa sehari...

Sebenarnya ada beberapa cara kita boleh guna. Termasuklah persamaan Harris Benedict Equation.

Namun sekarang saya tak nak peningkan kepala anda, saya nak tunjuk cara mudah nak kira keperluan
kalori seharian anda.


==> 40kcal/kg/day.

cth: berat anda 50kg. So keperluan kalori u all adalah 2000kcal (40kcalx50kg)


Jika anda nak maintain berat badan,

==> 30kcal/kg/day

cth: berat anda 50kg. anda nak maintain berat perlu ambil kalori sehari adalah 1500kcal (30kcalx50kg)


Jika anda nak turunkan berat badan:

==> 20kcal/kg/day

Cth: berat anda 50kg. anda nak turunkan berat
badan so kalori perlu diambil sehari adalah 1000kcal
(20kcalx50kg).

Mudah bukan?



Sila monitor kalori diet anda

Perkara utama dalam memastikan lemak kita terus disingkirkan dari badan kita adalah dengan monitor
pengambilan unsur-unsur lemak dalam diet kita.

Antara makanan yang mengandungi lemak yang tinggi adalah seperti nasi lemak, nasi minyak, gulai ayam atau daging, roti canai, ayam goreng berempah dan juga sup.

Seperti yang kita tahu lemak memberikan nilai kalori yang sangat tinggi iaitu bagi 1gram lemak memberikan 9kcal.

Selain daripada itu, makanan fast food juga mengandungi lemak yang sangat tinggi.

Jadi ia amatlah tidak elok untuk program diet yang anda jalankan. 

So ambil langkah selamat, anda perlu tinggalkan makanan yang berasaskan lemak.

Saya faham, agak sukar untuk memilih makanan yang kurang lemak di negara kita. Jadi kita kena minimumkan pengambilan makanan yang berlemak tinggi.

Lagi bagus jika anda dapat sediakan sendiri masakan mengikut diet yang sihat.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...